Thursday, November 21, 2013

BEfore ThE eNd

In Syaa Allah..ready for new journey!!!!
AnnurIzz

Alhamdulillah...
dh nk hbs diploma..yup..'diploma'..
tp ape yg diserap dlm hati?
In Syaa Allah..moga yg mengisi..
semestinya lah diri sendiri yg tahu berisi ka x kan..
ok..
soalan serious sekrg..
sambung mana?..krik..krik..
hoho..selam dlm laut xbgun2..
hehe
In Syaa Allah..
moga yg terbaek..
mengharapkan yg terbaek..
mungkin berusaha untuk yg terbaek...
kerana Allah..

andai hari nie aku mengatur langkah dengan memandang ke belakang...mungkin jalan buntu yg ditemu.. dh 20 tahun hidup...
mungkin
 penuh dgn cinta dunia.. maksiat melebihi amal.. tido melebihi bergerak..tawa melebihi tangis..
dan mungkin banyak lagi...
(pandanglangit)
dan mungkin jgk..
dh berkali mengatur langkah menghadap strategi...
dlm pasti..dh berkalikali jatuh dan bangun bergantiganti...
sungguh
belum cukup amalku untuk bertemu Illahi...belum cukup taubatku untuk kembali ke alam abadi... belum cukup masa untuk melangsaikan hutang haq manusiawi y tertinggal..
belum belum dan belum dan semuanya pasti belum..
(matamasukpasir)
tapi sampai bila...
ajal untukmu xpenah ada dalam schedule..
xpenah dibentangkan didepan mata hitam...
cuma yg kau tahu... 'anytime'...
(tunduk)
bergeraklah wahai diri tanpa kenal jemu
atas nama Pencipta..

teguhkan kaki untuk berdiri..
tebalkan hati....
pacakkan tekad...
menjejaknya kaki di sini..
untuk menyelesaikan misi yg masih berbaki..
moga ku temu apa yg masih tercaricari dan ternantinanti...
serahkan semunya pd Yang Maha Suci..
usah berjanji pada manusia atas sesuatu yg xpasti..
tapi
berdoalah pada Illahi.. kerna Dia pemilik kehidupan makluk di bumi..

moga cahaya pelangi terus bersinar berwarnawarni..
andai bukan didunia untuk diri menatap keindahannya..
mungkin diSyurga aku temui...
dalam dakapan Illahi..
(bergetar kaki menghadap laut biru Illahi, tersungkur mencengkam halusnya pasir, tunduk)

lepaskan semua pergi...
^_^
kosong

AnnurIzz
smileforAll
publish

Monday, November 18, 2013

Permata Kasyif

>> Muhammad Kasyif bin Muhammad Hanafi << 

Alhamdulillah..
permata Kasyif selamat dilahirkan..
permata sulung Nadia Atiqah Mohd Yazid..
berkongsi cerita..
suka dan duka..
tangis dan tawa..
rasa bersama..
malah lebih merasa org yang melaluinya..

si kecil menembak kecomelan..
'makcik2' memeluk penuh kasih sayang
buatmu kasyif permata harapan
bahagiakan ibumu insan tersayang

Doakan keluarga 
Nadia Atiqah Mohd Yazid 
bersama zauj
dilimpahkan rahmat dan kasih sayang
dalam membina 
jambatan ke syurga
menuju chenta dan redhaNya..

Moga Allah sentiasa melindungi kalian
dalam sutera kasih sayangNya..
..^_^..
dah bertambah jawatan awak Puan Nadia..
jadi mama solehah untuk Kasyif n suami..
kuat tau awak..we always support you..
from every side..
n most important..
dalam doa kami..
=_=

beingmama
senyum
^_^
publish

Friday, November 15, 2013

KGSM

= KGS =
SESSION 1 2013/2014

jiwa muda
berdiri teguh tertenaga
rempuh badai sehabis usaha
semangat jihad semakin membara
jangan pernah gentar dengan dunia
pertolongan Allah sentiasa ada!

jiwa muda
bangkitlah dari mimpi yang lena
jangan biar terbuai dengan rela
lawan nafsu serakah yang ada
jadilah hamba yang bersama
membebaskan ummah terseksa di sana

jiwa muda
jasad kau di Malaysia
namun ruh kau di seberang sana
bantulah dirimu bergerak membina
di kala disentuh kesedaran membunga
atas nama Yang Maha Esa
usah mengalah sebelum sejarah tercipta

jiwa muda
xperlu kau mengangkat senjata berkuasa
kerna kau ada yang Maha Kuasa
hanya menembak doa sebagai hamba
selagi kebergantungan hanya padaNya
keajaiban pasti menjelma
In Syaa Allah dengan izin dan redhaNya

jiwa muda
carilah ilmu hingga hujung dunia
akar kau tak sesat bersengketa
rebutlah cinta Pencipta
sebelum kau jumpa cinta manusia
Allah sentiasa bersama
tapi manusia berbolak balik hatinya

jiwa muda
ketika jatuh pasti kau bangun juga
itulah tanda kau punya semangat di dada
sukar berputus asa saat dugaan di hadiahkan dariNya
merelakan setiap perkara
kerna kau berpegang dengan janji Pencipta
sentiasa ada yang terbaek untuk hambaNya

that all..
jiwa muda.. perlu bertenaga..
feel down..so i need to write something
^_^
ketika menaip, cinta Allah didamba
moga mengalir cinta Allah
kepada anda semua..
doakan saya..AnnurIzz..
bangun..
pandanglah dunia dengan mata hati
agar tak kau jatuh dengan hal dunia
serahkan saja semuanya pada Illahi..

"bersabarlah! semua yang terjadi atas kehendak Allah,
sepahit apapun itu adalah cara Allah memuliakan hambaNya syg..."

KGSM
senyum
^_^
publish





Thursday, October 24, 2013

KembARa ILmu

>> kembara sufi <<

KUIS >> Melbourne
^_^
kembara ilmu
seketika mampu membuat rindu membunga
mengasah usaha
menajamkan semangat di dada
i will back there..

insyaAllah...
everything is come from Allah..
keep smile..

senyum
kembara ilmu_^_^
publish

Thursday, August 22, 2013

PenyeNGAT

>>superb father<<
salam.. 

"exam ok akak?"
"hehe.. abah.. akak xbleh jawab pun semalam.._-_"
"eh..knp?"
"xtwu lah.. akak dah baca dah.. tp mungkin sebab akak xstudy smart kut..hehe"
"ermm...effect pa2 x?"
"exam tu untuk carry mark je"
"erm..xpa2.. ada lagikan yang lain untuk naikkan carry mark?..insyaAllah..usaha lagi..abah mak adik puasa hari nie..akak puasa x?"
"wahh...puasa2.."

senyum lebar... ^_^

hoho..sekecil nasihat seorang insan tersayang mampu melonjakkan diri melompat ke langit...
membangkitkan semangat..walaupun saya twu, yang semalam xdapat diubah..
tapi xsemestinya hari ini kita menyerah.. masih ada banyak cara dan gaya yang boleh ditempuh..
jangan penah putus asa walau semalam kita alpa.. maka hari ini kita bangun penuh bergaya..

anakmu masih sedang membina,
menjadi insan dalam redhaNya,
jauh tapi masihku jumpa,
haybatnya kasihmu abah tercinta..

abah.. redhakan akak.. redhakan akak belajar kat sini..

"abah..doakan akak.."
"abah selalu doakan..xpenah lupa doakan anak-anak abah"..
"hehe..(senyum dalam sebak berbunga)"

terus melangkah membesar bertenaga

annur izz
senyum
publish


Tuesday, August 20, 2013

R4BIA

>> latihan flashmob >> 19/8/2013 >> Medan Rabi'ah >> Masjid Al-Azhar Kuis <<
^_^

we stand together with Egypt..
with our soul
with our action
R4BIA
pray4Egypt
^_^

annur izz
volunteers Kenpen Gaza Syria Kuis
publish

Saturday, August 3, 2013

Payah bukAN meNYERah

>> Di mana kamu berpijak.. disitulah tempat kamu ditetapkan untuk bergerak...hamba Allah yanng kerdil... maka bergembiralah dalam syariatNya.. masjid Al-Azhar KUIS <<

langit indah
sepi tanpa bicara
lagu raya rianggembira bergema
namun nada hati bisu xberlagu

tarbiyahnya masih ku perlu
belum cukup 30hari yang bakal berlalu
inginku berada di dalamnya sepanjang waktu
tanpa ada due date tertentu
biahnya terbina itu yang ku mahu
untuk bekalan kekuatan matlamat yang dituju

berjalannya aku sendirian bukan beerti diriku xpandai berkawan
tapi diriku lebih senang berteman dengan yang maha Penyayang
kerna diriku tahu manusia tak mampu bertahan
dariNya kita datang kepadaNya jugak kita pulang

saat jasad berdiri tegak berniat
hati ditikam satu kesedihan yang teramat
air mata mengalir membawa maksud yang tersirat
sesungguhnya aku rindu pada yang memberi Rahmat..
dalam sujud lama ku bermunajat
moga segalanya dalam berkat...

saat hati dicampak rasa kesedihan
luasnya langit menjadi pandangan
membiru cerah bersama putihnya awan
tenang dipandang bersama kenangan 
disapa sahabat dalam peringatan
katanya kawan jangan kau mengenangkan
kisah lama yang merunsingkan dan melalaikan

tutup mata tarik nafas dalam-dalam
bersama tangan menutup telinga diam-diam
akan terdengar aliran air sungai dalam ketenangan

barakah ramadhan ku impikan
kerna ku takut menjadi manusia dalam kerugian
Lailatul Qadar tak tahu bila ditetapkan
cuma manusia perlu usaha dalam keyakinan
teruskan melangkah dalam pesta ekstravaganza RamadhanNya

lapangkan dada bersihkan jiwa
rembat taqwa dalam pengampunanNya
Extra hari yang bakal tiba
penuhi dengan ibadah yang bermakna
didik hati dengan cara tarbiyahNya
anggap semua ujian osem bertenaga

buat insan-insan yang sedang membaca
sesungguhnya anda lebih haybat sebenarnya
saya cuma hamba yang membawa dosa
mencari pengampunan dari yang Maha Esa sepanjang masa
apa yang tertaip adalah dari hati yang Allah cipta
moga menjadi saham untuk melabur di akhirat sana
harapan ku juga sama
ingin bertemu kamu disurga
andai bukan tanganku untuk kau bawa melangkah bersama
adakanlah diriku dalam doa
agar aku xtercicir untuk bertemu Rabbuna...
Allahu Allah..insyaAllah...

Allahumma barikh lana fi Ramadhan.. ^_^..

sayang Allah, Rasulullah, family, ummah,...
^_^ senyum penuh barakah dalam Ramadhan
moga Allah mengampuni kemalasan dan kelalaian dalam hari-hari Ramadhan ini
sesungguhnya kita benar-benar hamba yang lemah dan hina
cuma Iman yang menyerikannya..^_^
i want a lot of roses.. seriously...
publish

Tuesday, July 30, 2013

NQ FI RAMADHAN ^_^

JUMAAT >> 26/7/2013

Gerak kaki melangkah tanpa persoalan
sakit yang teruji makin membara semangat pemudi
poster morsi diangkat tinggi
laungan jihad bergema tidak henti

wahai manusia-manusia yang haybat!!
bangun dari mimpi ngeri
masuklah kamu ke alam realiti
saudara-saudara kamu sedang menuju syurga abadi
tapi kamu masih duduk tak berpendirian diri
ayuh!!!
cetus revolusi
bangkit dengan penuh bergaya
bukan sekadar menjadi bunga kembang berseri
tapi menjadi kijang yang punya jati diri
bangkit dengan tindakan
bukan sekadar duduk bincang tiada haluan...

Allah
meskipun payah, namun tak semudahnya menyerah kalah...
ramadhan kareem.. A'zim.. 
RAMADHAN SANGAT BARAKAH!!!

senyum ^_^
publish


Saturday, July 6, 2013

3XS

senyum seindah suria
yang membawa cahya
senyumlah dari hati
dunia pun berseri

salam sahabat2 fillah..
sihat?,..
Alhamdulillah..
moga semuanya dalam kasih sayang Allah..

^_^
saat sy memandang kanan dan kiri..
situasi dan keadaannya xsama seperti hati inginkan..
saat sy memandang belakang dan hadapan..
harapan sy hanya angin jerebu yang menyambut..(ngehh)

untuk katakan 24 hours or every time diriku dalam kekuatan luar kawalan sangatlah tipu..
kadang-kadang keluhan terkeluar.. patahnya hati terdengar bunyinya ...(tuin2)..
Allah... Allah.. Allah .. Ya Allah..

aku sedang mencari sesuatu..
tapi xtwu apa kebenda..
aku sedang mengharap sesuatu..
tapi xtwu apa yang diharapkan..
aku sedang menunggu sesuatu..
tapi xtwu apa yang ditunggu..
aku sedang bersedih tentang sesuatu..
tapi xtwu apa yang sedang disedihkan..

"HEI KAMU!!!!!
STOP BERFELING PELIK2!!!
SAMPAI BILA AWAK NAK MCM NIE!!!!"
>> sampai otak saya dah xmampu berfikir dgn akal..!!!

mendidiklah..bukan menghina dan mempersalahkan..
hargailah.. bukan mencampak dan mengasingkan..

based on tajuk '3XS' means 3SSS..
>> SOLAT >> SABAR >> SENYUM ^_^

buat pembaca yang sedang melintaskan mata di blog 'ANNUR IZZ' ..
terima kasih atas kesudian anda untuk membaca apa yang tersurat..
walaupun saya xtwu siapakah anda yang sedang membaca penulisan seorang insan biasa yang tiada apa untuk diteladankan.. maafkan saya kerna tiada suratan yang baru untuk ditaipkan buat tatapan..
tiada apa yang mampu untuk ditulis kerna fikiranku masih mencari sesuatu yg sy xpasti apa.. (semput)..
teratak annur izz kini bagaikan satu rumah usang yang penuh sawang.. tapi bila menjejak di dalamnya penuh dengan memori yang menerbangkan diri ke langit yang tinggi.. "diriku hanya insan biasa... yang cuba berlari.. terjatuh.. tapi air mata tidak dijatuhkan.. cuma sakitnya disimpan dalam peti hati yang paling dalam.. saat peti hati penuh.. satu letupan kecil bakal terdengar.. mungkin disitu isyarat terhentilah segalanya..Allah Allah"..
insyaAllah.. tiada karya yang hebat untuk aku sampaikan.. tapi aku sedang mencuba.. selamat membesar semua.. jaga diri.. jaga hati.. jaga iman..
'hasbunallah wani'mal wakil'

dan pesanan ringkasku..
"berpeganglah dengan kata janji manusia dengan sekadarnya, kerna kelak akan terseksa...
tapi berpeganglah dengan janji Allah sekuatnya .. kerna kelak bahagia ke akhirnya...
Allah..
sedarlah wahai manusia.. anda sedang menyakitkan diri anda!!!!!!!!!!!

barakallahufikum
senyum ^_^
publish






Thursday, May 30, 2013

UnTUK kITA

>> unic ^_^ <<

Alhamdulillah..
saya dah dapat reward!!!
reward untuk apakah?..
reward untuk hbs final exam hari tu..
hekhek..
sapa bagi?
Alhamdulillah..diri sendiri..sweet33...

"dalam berjauhan dari yang tersayang, kita sentiasa dekat yang maha penyayang.."..

ahaa..
kalau rasa diri lemah.. xde semangat.. xde tenaga..
rewardkan diri anda..
letakkan something untuk menghiburkan diri anda..
insyaAllah.. xde masalah.. 
dan xsalah..
kalau itu yang mampu membangkitkan anda yang terlemah...

suke3..
senyum ^_^
JOM JADI BAIK
barakallahufikum..insyaAllah
publish

Friday, May 17, 2013

Peluru Akhawat I

"Semua sudah sedia?"
"Sudah!"
"Kita mahu kalah atau menang?"
"Menang!"
"Adakah kita hendak tunjukkan kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Adakah kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Siapakah yang terhebat?"
"Kita!"
"Permainan kita adalah ibadah?"
"Ibadah!"
"Yang terbaik untuk siapa?"
"Untuk Islam!"
"Jadi kita mesti menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Annur!"
"Huh!"
Kesemua 9 orang permain melangkah keluar daripada bilik persalinan.

***

Dewan tertutup yang dibenarkan untuk kaum hawa sahaja. Gemuruh tepukan dan sorakan penonton membuatkan dewan tertambah hangat.

"Aahh.. ramai penyokong," Ira mengangkat wajah. Kosong, tiada perasaan. Dia sememangnya begitu.

Serentak dongakannya, sebilangan penonton melaungkan namanya. Bahunya tersa ditepuk. Ira menoleh ke sebelah kanan. Rakan sekumpulannya, Nur, sedang tersenyum.

"Mereka adalah penembak doa." Bisiknya sambil mengangkat tangan kepada penyokong.

Penyokong menjerit-jerit nama Nur sambil mengangkat kain rentang, tanda sokongan mereka. Ada kain rentang yang menunjukkan gambar sembilan orang permain Annur.

"Ya, nampaknya hari ini kita perlu menunjukkan permainan yang terbaik," Arin bercekak pinggang sambil tersengih melihat penonton.

>>>> tuttttttt....bersambung...tuin...senyum ^_^ barakallahufikum...publish<<<<<

Monday, April 29, 2013

uNtuk SeMuA

- shuutttt -

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
salam semesra alam buah mujahid serta mujahidah al-qassam.. ^_^
senyum selebar-lebarnyerr..
alhamdulillah.. masih diberi diberi peluang untuk bangun melihat dunia..serta yang lebih penting, alhamdulillah, masih berpeluang dibangunkan dalam FITRAH Islam...
Yallah.. ^_^

InsyaAllah..
for this post.. bleh kalau sy nk share lagu untuk anda semua?
hehe.. xde benda panjang lebar or bebel lebih-lebih pun kali ni.. cuma yang ada.. nk kongsi 'melodi hati' jek..
yup..'pengkarya' seni kat atas dunia nie dah makin bertambah banyak .. ada karya yang berunsur memuji Allah and ada yang berunsur memuja manusia..mungkin semua dah besar n melebar n boleh berfikir sendiri..tutttttt.....insyaAllah.. anyway..minggu nie dalam 'carta i.k.i.m' 1. warkah cinta 2. seiring sehaluan 3. Ikramul Kareem.. tuin2..hehe.. UNIC always the first 4 me.. because unic is the first yg kenalkan sy dengan 'nasyid'.. but.. bukan nk cakap 3 best song dalam carta ikim nik..

song nie sy dedikasi kan buat semua..hehe.. devotees tolong sampaikan alunan 'merdunya' pada anda2 sekalian..
ok..nie song nyer...


untuk semua yang pernah mengenaliku.. ngeh.. 
moga lagu nie bersesuaian..
erk.. xde apa yang nk ditranslatekan.. cumanyer.. nk ucapkan terima kasih n mintak maaf buat semua yang penah mengenaliku.. n also mohon maaf atas hak-hak yang xterlaksana ke atas kalian..
insyaAllah.. nk masuk syurga bersama-sama anda semua.. 
2nd song to all jgk...



untuk semua..
hehe..^_^
first time dengar lagu nie boleh 'panas' mata..
anyway lagu nie sy dengar kat sekolah osem time hr anugerah kecemerlangan 2012.. or (AKAS)..

dalam dakapan seorang murabbi yang sangat3 dirindui dan disayangi..
suhu 'kepanasan' mata makin meningkat..pelukkan seorang murabbi bagaikan memahami hari seorang anak didik.. yup..dalam dakapan yang satu itu je.. air matanyer mengalir.. kerna satu perkataan 'sweet' dari seorang anak didik..huhu...tutttt... (xperlu perah otak untuk faham)
setiap perkataan lagu nie sangat bermakna...
ah..apakah yang nk disampaikan sebenarnya pun xpasti... it ok..

next song...
nie comfirm semua sudi dengar.. sebab 'bukan nasyid melayu'..
yeah.. i know.. haha.. (sila gelak sopan)..
cuma kalau xfaham boleh google translate..
tapi..insyaAllah.. senang jek words yang digunakan dalam song nie...
yoo..this..

heal the world
by michael Jackson

'heal the world'..
^_^
yup
dunia penuh dengan kasih sayang..

dengarlah.. khas untuk semua..huhu..

3 song.. haha..
entah.. rasa nk kongsi dengan anda semua.. 
tp xde motif ..tuin2..
pa2 pun.. moga membantu walau sedikit..
moga dalam barakah Allah..
sayang semua kerna Allah..
jumpa disyurga Allah..insyaAllah..

^_^
senyum
barakallahufikum
publish






Tuesday, April 9, 2013

pEdOMAn

>> kenali diri <<

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

... ^_^ ...
pandanglah sesuatu dengan mata hati