Thursday, May 30, 2013

UnTUK kITA

>> unic ^_^ <<

Alhamdulillah..
saya dah dapat reward!!!
reward untuk apakah?..
reward untuk hbs final exam hari tu..
hekhek..
sapa bagi?
Alhamdulillah..diri sendiri..sweet33...

"dalam berjauhan dari yang tersayang, kita sentiasa dekat yang maha penyayang.."..

ahaa..
kalau rasa diri lemah.. xde semangat.. xde tenaga..
rewardkan diri anda..
letakkan something untuk menghiburkan diri anda..
insyaAllah.. xde masalah.. 
dan xsalah..
kalau itu yang mampu membangkitkan anda yang terlemah...

suke3..
senyum ^_^
JOM JADI BAIK
barakallahufikum..insyaAllah
publish

Friday, May 17, 2013

Peluru Akhawat I

"Semua sudah sedia?"
"Sudah!"
"Kita mahu kalah atau menang?"
"Menang!"
"Adakah kita hendak tunjukkan kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Adakah kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Siapakah yang terhebat?"
"Kita!"
"Permainan kita adalah ibadah?"
"Ibadah!"
"Yang terbaik untuk siapa?"
"Untuk Islam!"
"Jadi kita mesti menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Annur!"
"Huh!"
Kesemua 9 orang permain melangkah keluar daripada bilik persalinan.

***

Dewan tertutup yang dibenarkan untuk kaum hawa sahaja. Gemuruh tepukan dan sorakan penonton membuatkan dewan tertambah hangat.

"Aahh.. ramai penyokong," Ira mengangkat wajah. Kosong, tiada perasaan. Dia sememangnya begitu.

Serentak dongakannya, sebilangan penonton melaungkan namanya. Bahunya tersa ditepuk. Ira menoleh ke sebelah kanan. Rakan sekumpulannya, Nur, sedang tersenyum.

"Mereka adalah penembak doa." Bisiknya sambil mengangkat tangan kepada penyokong.

Penyokong menjerit-jerit nama Nur sambil mengangkat kain rentang, tanda sokongan mereka. Ada kain rentang yang menunjukkan gambar sembilan orang permain Annur.

"Ya, nampaknya hari ini kita perlu menunjukkan permainan yang terbaik," Arin bercekak pinggang sambil tersengih melihat penonton.

>>>> tuttttttt....bersambung...tuin...senyum ^_^ barakallahufikum...publish<<<<<