Saturday, April 30, 2016

::mimpi::


::MIMPI::

Teruskan lah bermimpi..
kerna mimpi dan harapan
memujuk diri untuk terus mencipta keajaiban..

dan mimpi semalam bukan lagi kayalan
tapi mimpi
yang dijadikan matlamat
perlu berjuang
sampai dapat!

belajarlah
dari setiap kejatuhan
kobarkanlah
setiap semangat yang tersemat dalam jiwa
tetapkanlah
setiap matlamat yang ingin kau punya..

setiap sesuatu cerita itu
kau yang punya
dan kau yang merasa..

"build your own branding with His will, and make it the best amongst the best"
-AS-

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah 2 : 45)

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Sandarkan setiap sesuatu padaNya,
agar tak cepat jemu dan lelah..
kesempurnaan dalam kesederhanaan..

010516
IZZ

Wednesday, April 27, 2016

tRied

(kredit)

::TRIED::

Masa yang berlalu makin menghimpit diri..

Take an action after failed in first tried. 
Dont give up..but moving up

sentiasa ada peluang dan harapan
untuk setiap satu peluang..
segalanya milik Dia..
kau cuba..

Infiruu Khifafan Watsiqaalaa..

Wednesday, April 20, 2016

Revolusi


:: REVOLUSI ::

Di sana cerita mereka
tapi di sini kisah aku
mana mungkin sama
malah jauh berbeza
mereka kata kau boleh lakukan lebih dari yang ada
jasad itu cuba bertahan dari rebah menghempap tanah
mereka kata kau perlu berusaha dari yang biasa
hati itu tunggu masa berderai air mata

penah kau terpejam mata
lalu persoalan bermain di minda
adakah hidup kian mencabar dari yang tercabar sekarang?
biarkan ia berlalu
terus ikut rentak dunia
tapi nyanyikan lagu ikut irama yang kau suka
bukan tenggelam dengan nada picisan dunia..

biarkan manusia ikut cara yang mereka bahagia
kerna jalan mereka dan kau berbeza
kerna keinginan dan kemahuan manusia berbeza
melainkan mereka ingin sehaluan dengan kau punya

kata bicara mampu kata jgn pandang belakang semula
tapi kadang kau terlupa

jangan di injak
bertahan jangan berhenti
tiap yang memijak biar dibelakang
jangan biarkan diri mendepa dada
tunduk sehingga mati

apa kau cari yang sebetul2nya?
tuliskan semula
segala mimpi yang pernah kau cipta
andai hilang lagi
maka kau tulis semula
sampai nafas kau diangkat semula

kau bukan hina
kau bukan lemah tak berjaya
tapi kau istimewa
dalam jalan cerita kau punya

nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan lemas berdakapan
nantikan keberangkatan

pada pena xseindah mana
pada nada serak hiba 
hirup angin 
kesat air mata
pergi berlalu
andai perlu
pulangkan
andai hanya bayangan
cukup sampai situ

(kau ditujukan pada aku sendiri..knp kau? sebab hati yang menulis rasa otak mengiyakan rasa)

200416
Izz







Friday, April 1, 2016

End Of Story


End of story

"Pa hal ko berdiri tengah hujan macam org bodoh?"

"sebab semua orang lari berteduh bila hujan turun.. tapi aku tak benci kan hujan.. kenapa aku nak lari jugak"

"ish budak ni..aku cakap ko bodoh ko marah.."
Diam..

"Ko penah tengok penguin"
Diam..

"Tipu lah klau xpernah.. dah 22 kut.. eh.. 23 kan"
Diam..

"ko twu.. penguin pasangan yang setia time jaga telur sebelum menetas.. si jantan akan lindungi telur, si betina akan keluar cari makan.. selapar dan selebat mana salji turun, si jantan tak akan berganjak dari sarang.. baik kan si penguin.."

"dah kenapa tetiba keluar pasal penguin ko ni.."

"oo.. dengar rupanya.. saja buat romantik bawah hujan dengan ko"

"terima kasih sebab datang.."

"aku lalu sini tadi.. bukan datang untuk ko pun"..
(cover tak caring)

"sebenarnya aku dah twu depa tak akan datang pun.."

"ah?dah tu kenapa kau tunggu macam orang tak betul?"

"tu lebih baik bila depa tak datang.. "

"apa ko cakap ni?"

"doktor cakap, one day aku dah xboleh jalan, perlahan2 percakapan aku dah xjelas, aku tak akan dapat memahami apa org cakap, aku tak dapat bangun dari tidur, makan akan jadi susah."

"ko cakap apa ni.. doktor cakap ikut sains ja.. kuasa sebenar kat atas sana.."

"ko penah cakapkan.. manusia tamak dan pentingkan diri.. pilih untuk tinggalkan bila sesuatu tu dah xbagi outcome untuk diri sendiri, apa yang manusia slalu pk sebenarnya? i want to go back in time...."

"even aku baru kenal ko, aku tahu kau kuat.. jangan lemah macam ni"

Hujan terus lebat..
membasahi tubuh kecil..
membawa pergi air mata..

"ko twu, saat Rasulullah berhijrah.. kenapa Rasulullah bawa Abu Bakar sebagai teman, kenapa Rasulullah tak bawa Umar, sedangkan Umar terkenal dengan keberanian mengangkat pedang?boleh membunuh sesiapa sahaja yang cuba menyakitkan tubuh Rasulullah? sebab Rasulullah kenal setiap seorang sahabat.. Abu Bakar sentiasa membenarkan apa yang Rasulullah cakap.. dan umar pulak mampu survive sorang diri dengan pedangnya di tangan.. ko faham kan apa yang aku nak sampaikan?"

"jom weh, muka ko dah pucat sangat tu"

"setiap orang berjuang nak capai kejayaan.. dan dalam setiap perjuangan tu .. aku twu ada benda yang perlu dikorbankan.. kadang kita jugak yang terkorban.. push diri untuk adapt dengan keadaan dan situasi.. lebih sakit dari sakit fizikal.."

"sempat lagi ko ni..dah la tu nk berskrip tgh hujan pun.."

"aku nak mintak sesuatu boleh?"

"ambik gambar aku kat sini satu..tapi guna henset ko.. nnt boleh ko simpan buat kenangan.. xde la ko lupakan aku.. doa selalu.."

"basah la phone aku.."

"iphone kan.. aku punya sony serap air.."

"memang masuk air la ko ni... dah cepat.."

"satu lagi weh.. aku minta maaf untuk setiap benda yang buat ko terluka.."

"ish.. dah la tu..xpayah nak buat drama bawah hujan kat sini plak.. dah lencun dah.."

"cakap ja la ko maafkan aku.."

"okey2.. aku maafkan ko selalu..puas hati.."

"aah dah.. xpa.. ko balik la dulu.. bukan selalu hujan"

"BUDAK NIE!!! jom BALIKKK!!"

Di tarik lengan paksa balik..

We've got lot to do before we die..
Not everyone has a past beautifully carved, 
but everyone has a beautiful future to carve, 
InsyaAllah..

Fasa membersihkan hati itu, keadaannya sakit dan perit..
Tapi hanya keyakinan dan percaya janji Allah itu pasti..
Terpimpin bertahan walau sesak berkali..

Lakaran lukisan tak berwajah
Jaga hati jaga diri jangan menyerah

Berkati dan mudahkanlah setiap tapak yang menjejak...
010416
Annur Izz