Showing posts with label INSAN KERDIL. Show all posts
Showing posts with label INSAN KERDIL. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

AKUKEPADAAKU


(dah lama xde cop AnnurIzz..haha)

AKU KPD AKU

Dari aku kepada aku
kau makin besar
dan aku rasa

Kau xperlu menangis lagi
Kerna semuanya buang masa dan air mata
Simpan air mata untuk hari bahgia

Kau xperlu lemah lagi
Kerna semuanya merugikan kau sendiri
kuat hari ini untuk lebih kuat dengan ujian lebih dasyat

kau xperlu takut lagi
Kerna semuanya sentiasa dalam pertolongan Allah
cuma kau perlu bina keyakinan dengan lebih padu dan bergaya

kau xperlu risau mengejar cita lagi
Kerna semuanya perlukan usaha bukan meratap sengsara
usaha sehabis yang kau mampu laksana
kejayaan dan pencapaian citanya
kembalikan urusan pada pencipta
pasti akan ada jalan dihadiahkan Illahi
menampung segala lompong untuk merialisasikan segala

kau xperlu rasa sendirian lagi
kerna Allah sentiasa melihat di mana sahaja kau berada
cuma kau kadang menjauh
dari jalan yang perlu kau sujud meminta

dan
percayalah
jalan mana pun yang kau pilih
tiada yang mudah dan senang
tiada yang indah dan bahagia pada mulanya
tapi
akhirnya
pasti ada bunga-bunga yang mewarnai jiwammu seindah pelangi selepas gerimis
menangis, lemah, takut, risau, sendirian
tak ku nafikan
ia pasti datang menyapa menguji ketahanan
cuma kau perlu tahu
bukankah Allah general office yang perlu dijadikan tempat rujukan pertama
mencari kekuatan.. mencari keputusan.. mencari pertolongan
kerna aku
sentiasa perlukan Dia
dalam setiap jawapan di antara dua
kerna Allah
lebih tahu yang terbaek untuk hambaNya..

kau..
mohon bertahan
kuatkan langkah dan hati
menempuh hari-hari
yang Allah izinkan kau
untuk memperbaiki segala

260415
12:53 am
AnnurIzz
publish

Sunday, January 18, 2015

lost


L.O.S.T

Saat diri xmengerti segala apa yang terjadi disekeliling
Paling senang
Rebahkan tubuh di atas katil
Tarik bantal tutup muka
Ambik nafas sedalamnya
Dengan satu lafaz
Kau jerit sekuat hati sesuka hati

"Aaarrrgghhhhhhhhh"

"Woi cik adik!! Dah kenapa.. drpd jerit baik istighfar.. dapat jgk pahala n xsakit anak tekak n xsakit telinga y mendengar.. tak pun bangun ambik wuduk solat dua rakaat.."

Dushhhh..
Tumbuk sebijik
Aku masih tidak mengerti
Penat

^^„
180115
AnnurIzz
Publish




Saturday, January 10, 2015

entah


E.N.T.A.H

kisah hidupku
tiada yang indah untuk dikongsi
melainkan kisah luka
yang aku toreh dalam alpa
penuh tangis dari tawa
dan aku sangat yakin
pasti tiada yang akan berkongsi rasa
dalam perjalanan itu juga
dilorong gelap sepi kembara
aku mencari secebis cahaya
mengharap harapan gapai chenta
redha milik pencipta berkuasa
walau seakan jauh sinarnya
lalu aku teguhkan juga
kerna itu asbab aku hidup di dunia

JalanTanpaRasa
100115
AnnurIzz
Publish

Wednesday, November 26, 2014

cute


C.U.T.E

~Humaira pakai baju MakLang buat!!! muat rupanya..haha..kbai~

"kak jgn lambat sgt kawen.. nnt anak saudara aq lambat bertambah"
muka xbersalah
"Giler.."
"btul la"
"bangpi, setahun nak sorang anak saudara.. 4 tahun.. 4 orang... luas pintu rezeki"
*dushhhhh
"weh..sakit la"
"sapa nak jaga anak2 aku"
"hahaha..xpa! k.na tlg jaga dgn mak..haha.. berhenti study.. lgpun dah xsemangat study dah pun.. nie pun cuba gigih bertahan"
*dusshhhh..
"yang nie lagi giler.. bukan cita2 ang giler-giler ke dulu"
Tunduk
" dulu giler2.. tp la dah terhenti lalu mati.."
"weh.."
krik3

sayasayangHumaira
cucupertamamakabah
junior khalifah
fi hifzillah
menanti pertambahan tentera
hahaha

:: aku cuba belajar menghargai kisah perjalanan kehidupan anugerah Illahi ::
jalan tanpa rasa
AnnurIzz
Publish




Saturday, November 22, 2014

pAsti kembAli


Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Jangan kau bersedih hati
Aku sekadar mendiamkan diri
Cuba menghidupkan hati yang mati
menjauh dari dunia yang digeruni
Meletakkan yang bahagia jauh dari sanubari

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Percayalah dengan pasti
Aku masih menunggu kamu datang menemani
Dalam dakapan redha dan cinta Illahi
Aku setia menanti pada sesuatu yang tak pasti
Kerna aku yakin dengan janji Illahi
Lalu aku serahkan saja pada yang memiliki
Moga bahagia sentiasa mendekati
Buatmu insan anugerah Illahi
Berkembaralah dengan hati yang suci
Moga syurga tempat kembali yang abadi

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Jangan kau bersedih hati
Kerna kau tak pernah luput dari memori
Bukan kerna benci merajai
Cuma aku perlu pergi sementara membawa diri
Cuba mencari chenta utama Illahi
Tiada lagi update dari sesawang teknologi
Kerna aku takut virus menikam tanpa henti
Moga doa terus mengikat janji

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Bukan bermakna aku kuat meniti hari
Bukan bermakna aku membiar engkau sendiri
Cuma aku cuba meletakkan Allah yang hakiki
Mengharap kau sentiasa dalam redha illahi
Aku cuba letakkan Allah dihati paling tinggi
Sungguh
Aku merasakan payah dan parah sekali
Walau dah berkali aku cuba mengubah hati
Namun makin menebal keyakinan hati
Tak pernah menipis harapan menanti
Suratan Illahi tetap perlu bersedia dihadapi
Kerna infiru itu perlu pencinta yang sejati

Fi hifzillah
Andai ditakdirkan berjalan beriringan
Moga itu kebahagian untukmu insan
Moga bertemu dalam hati yang suci
Redha dan ikhlas perlu aku gali
Agar aku mampu hadapi apa yang menanti

Aku yakin dan pasti
Kau lebih kuat dari diriku ini
Bangkit dan jatuhmu sendiri
Namun masih teguh menginspirasi

Allah.. berilah jalan dan kekuatan
Sungguh aku makin melemah dibelasah duniawi
Berlari mencari kasih abadi
Infiru ilallah

Mencari pelangi pada langit gelap di malam hari
Indahnya bulan menyinari bintang memujuk hati sepi

"Buntu"
"Ikhlaslah"
"Redhalah"

Jatuh dan bangun itu sudah berkali-kali
Moganya tak terhenti dengan illusi sendiri
DengankuasaMu.. aku terus berdiri dan meniti
Kerna terlalu menerjah emosi
Aku kembalikan pada Illahi

Buat yang menanti hari ke hari kemunculan diri
(Hehe.. a sampai z ayat pujuk diri.. moga menjadi pemujuk yg menanti jgk.. haha..'menanti'..mungkin ada)

Jom lari bersama
Raih taqwa yang utama
Cuba kejar akhirat dengan setia
Dunia pasti ikut bersama
Moga bertemu disyurga sana

Dear Izzuana
Sila hargai 4 tahun yang bakal kau susuri
Telan segala pahit dalam membesarkan diri
Lepaskanlah segalanya pergi seikhlas hati
Jangan pernah putus harapan pada Illahi
Segalanya hanya tarbiyah menguji keimanan hati
Bukankah Allah telah menetapkan janji
Selepas kesusahan pasti ada kesenangan yang menanti
Berdoa dan bersabarlah tanpa henti
Senyumlah bagai mawar menghiasi taman firdausi
Capai matlamat menuju chenta Illahi
Sila besarkan jiwa dalam ada jua ujian menanti
Setiap kali jatuh itu carilah nafas baru untuk bangun kembali
Jangan biar hati tersungkur mati

Orang lain pakat laju meredah samudera
Tapi kau! Xkan nak biar mendera jiwa?!!
(Angkat kening sebelah)

Dihujungnya..
PASTI AKAN KEMBALI

::InsyaAllah::
Lari selajunya
Izz
Senyum ^_^
Sincerely
AnnurIzz
Publish

Thursday, September 11, 2014

tAkdiR


T.A.K.D.I.R

Izzuana!!! Sila bertenaga!!!!!!
Jalan je..sikit je lagi..
Kata nak pelangi..
Baru skit xkan dah nak mengalah
Ngehh..
Sabar..please
Redha..please
Senyum..please
Yeahhhhh
Perhitungan..makin dekat dan seakan makin cepat..
Yakin..pasti ada penawar selepasnya
yakin..pasti bunga harum mewangi

Krik2
Hai inche blog
Tumpang conteng skit
Lalalaa
^_^
Infiru ilallah
*Rafiqil a'la*

#xlarat dah tapi#=_=
AnnurIzz
Publish

Sunday, August 31, 2014

kuAtlAh

-hiasan-

K.U.A.T.L.A.H

Al-Insyirah 94: 1-8

Banyak ayat chenta yang memujuk dalam surah chenta Al- Insyirah
Senyumlah
Sabarlah
Tenanglah
^_^
Ya Allah yang maha melihat..
Dan sesungguhnya saat diriku membaca dan menulis ini..Engkau sedang melihat diriku..
Champakkanlah kekuatan dan semangat yang makin menipis dlm hati dan jiwa kerdil ini..
saya kuat..dan saya harap saya kuat!
..Dengan kuasaMu..
Pandang langit..penuh bintang..
..basah..
Seakan pengharapan tiada lagi harapan..
Ya Allah..teguhkanlah..
. . .

Senyum^_^
SayasayangIzzuana
AnnurIzz
Publish

Friday, August 1, 2014

what?!


Ya Allah yang Maha Penyayang..
Kuatkan kesabaranku

AnnurIzz
Publish

Sunday, February 2, 2014

TiME

= putaran masa =

tarbiyah Illahi..
everything have reason..
be cool AnnurIzz
Allah with you..
and everything have the solution..

astaghfirullahal A'zim
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar"

smile..
AnnurIzz
publish