Showing posts with label WHY. Show all posts
Showing posts with label WHY. Show all posts

Saturday, March 4, 2017

bukAn mimpi


27022017
::BUKAN MIMPI::
Kau punya satu cita
ingin berdiri di puncak tinggi
mustahil untuk kau sampai
melainkan kau mendakinya dari bawah
kau tahu bukan
jalannya tak lurus dan tak lapang
jalan yang berliku
malah berbatu dan berduri
namun
bila mana satu saat kau mula sedar
kau makin hampir ke puncak
segala perit dan sakit yang kau jalani selama ini
seakan lenyap dibaluti rasa bahagia
malah kau sedar dengan kuasanya sabar
tiada yang sia-sia

lalu
cuba kau bayang satu masa
saat sampai di puncak nanti
kau pasti tak akan tertahan menahan air mata
bukan kerna sedih 
tapi kerna sebenarnya kau terlalu disayangi Tuhan
kau dibiarkan susah dan payah untuk menggapai puncak tinggi
untuk kau tahu
Tuhan itu Maha memberi
tapi kadang manusia itu yang lupa diri

hari ini bukan lagi mimpi..
tapi satu janji
keyakinan pada Illahi..

040317
AnnurIzz

Saturday, February 18, 2017

beRlAlu

-no caption-

::berlalu::

hiasan dunia
kian kau perguna
makin merejam lara kecewa
kian runtuh kepercayaan
yang penah terbina
matangkan pemikiran
tingkatkan keyakinan pada Tuhan
letak pengharapan pada manusia sekadarnya
kerna dihujungnya
kau keseorangan juga

permainan dunia
kadang mungkin aku terlalu penat untuk terus bermain
mungkin kau terbang tinggi 
aku masih berjalanan memijak sepihan kaca yang bersisa

Emosi
moga kau terus terkawal
Nafsu
moga kau terus terdidik
Iman
moga kau teus menjadi penyuluh jalan gelap kehidupan

Damailah
Tuhan mengajar kekuatan

AnnurIzz
180217
10.26pm


Sunday, January 22, 2017

jiwa

-credit-

jiwa

aku tak meminta untuk difahami
kerna itu mungkin susah skali
aku tak meminta dibelai lembut bagai seorang puteri
kerna itu mungkin takkan terjadi
cuma satu persoalan aku kali ini
apa kau mahu tikam belakang aku berulang kali hingga nafas ku terhenti?

makin kuat tikaman yang aku terima
aku makin hilang rasa
hilang kata-kata
dan
makin hilang percaya

kau mungkin pertikaikan 
pada kekurangan yang aku ada
tapi masa mengajar aku
menjadi manusia yang lebih dewasa
tapi cuma satu
moga hati itu tak berubah menjadi batu

survive
AnnurIzz
230117
1.41 am

Sunday, September 25, 2016

forwARd


::FORWORD::

maybe not to late to post about seminar that im joined last saturday..
its to far..
klau orang dah jemu naik flight..
aku plak dah jemu naik bas..
tapi aku still suggest 
pancaran matahari(seat besaq) and trans(cepat sampai)..
ok.. xpromote k..

untuk program ni
mind set aku dari awal dah cuba set 
''jangan peduli dengan expectation orang''
because i just want to get something from there
haha
Alhamdulillah
aku enjoy ja dgn seminar nie
sebab mungkin ada k.raudhah
dari awal sampai habis duk promote product dye
(haha)
duduk dengan dye mmg xakan penah kering gusi
btw nie first time berprogram dgn dye

sebab apa aku join?
sebab nk buat alasan nak balik makan rendang mak buat
haha..
xlah..tapi memang balik2 mak tgh buat rendang
balik tolong kacau rendang kat mak sat
sebab aku join
mula dgn my prof..
lectrr nie byk motivated aku
so
i need to do something to change
even i can't change it all
but may Allah see my effort to change
change what?
haha
actually
aku still xdapat nak share visi misi aku
im not sure because im not believe others anymore
or im not believe myself
so keep it secret k..

so
from programme
it not to different daripada apa yang lectrr aku ajar dalam kelas
cuma dari segi penyampaian it to different
and kat dalam seminar nie jgk byk selit based on islamic perspective
so its not to hard for me to understand
tapi part BMC to sgt menarik
cuma xdpt diterangkan dgn dalam
sebab masa mungkin
dalam kelas pun lectrr aku suruh kaji sendiri ja
haha
so bab2 byk effort untuk understand and tahu ni
selalunya akan ada byk kebaikannya
haha

so
i just want to say apa y tertulis kat atas tu ja
overall..
seminar nie best
tak aku tak promote
cuma aku rasa concern
yang jadi dropship xterus tertindas
yang jadi kepala tak terus buat ikut suka
haha
byk tips jugak dapat
nak tau details lagi
join la depa nie..
dua company dalam gambar..ce cari..
mungkin ada lagi kut selepas ni
insyaAllah tak rugi
tak promote k..
recommended ja..
sebab dalam hidup kita perlukan guidance..
orang tak nak guide kita
kita cari orang yang nak tlg guide kita
bukan yang tak nak

for the most important
sentiasa berdoa diberi bimbingan dari Allah..

so that it..
thank a lot
keep the momentum

Moga Allah sentiasa lindung
terus kuat dan meminta diperkuatkan untuk terus hadapi dan jalani hari esok..

AnnurIzz
250916

Monday, July 25, 2016

Degree


Survive
It's not easy
But it should be..

Apabila pelangi masih belum terlaskar
Lalu akulah pelangi hiasi hari2 sendiri

May Allah easy your journey today n day after
May Allah easy everything to me too
Again
Please be strong!

journey of degree student
260716
9.29am

Thursday, July 21, 2016

peRkhAbARAn

Jun 2016
"original from lensa time terbang atas langit.. x edit k.." 

andai kau mencari seorang penulis yang sempurna kata
ini bukan tempatnya..

im just can write when i fell about..

dont read if you are not ready to accept!

aku masih sama
orang yang sama 
cuma yang membezakan aku dengan yang sekarang
'mind set'..
dan semuanya perlu di reset semula..
aku pilih untuk diam
menyendiri sepi
bukan beerti aku menyerah
bukan beerti aku sudah pilih kalah
yeahh..
proses reset diri
tak ada siapa yang salah
tak ada siapa yang mnjadi penyebab
ini pilihan sendiri
bukan menyalahkan diri
tapi sedang menolong diri sendiri
mana mungkin aku bisa menolong y lain andai diri sendiri tak tertolong
jadi jaga diri baik-baik ea
^_^
aku masih kuat
masih tersenyum riang
masih bisa mengatur langkah jalani hari
tapi aku masih xmampu
hadirkan diri pada dunia yang aku kenali
kadang diam kita bisa buat manusia lain terus bersemangat dan terselamat
kadang juga diam kita buat manusia lain hilang arah lesu dan kalah
bukan kau juga punya pilihan?
mengapa perlu pilih yang kalah sedangkan kau boleh menang dan terselamat..
ingin aku pesan
(pesanan untuk aku jgk la)
focus kehadapan
walau jauh ketinggalan dibelakang
tapi kau tetap ada Allah bersama untuk teruskan larian hingga kegarisan penamat..
jangan pernah sekalipun kau lupa Tuhan
dan jangan pernah kau cuba 'give up'!

^_^
walau tiada sepatah kata mengiringi jatuh bangun kalian..
tapi sentiasa cuba iringkan doa buat kalian
kerna Allah itu segala Maha..
dan aku yakin 'the Power of Submission'..

semoga rahmat Allah sentiasa bersama..

setiap air mata yang menitis
kerna ditimpa musibah dan ujian
akan digantikan oleh Allah dengan PAHALA
dan keBAHAGIAAN yang lebih besar
asalkan kita bersabar dan tawakkal 
menerima apa yang telah menjadi kehendaknya..

yukk..
usaha lagi..

Tabahlah untuk terus bersemangat..
menerimalah agar tak putus semangat..

believe me, life is not about being a loser..

Awak2..
Satu lagi..
seorang wanita xboleh lemah.. 
Sebab nak membentuk generasi..
Banyak pilihan..
Dari rahim sendiri
Tak dari rahim sendiri pun ..
Dari rahim saudara semuslim.. 
Lagi berganda manfaatnya..
So..Yes..
Being strong is not an option..
But it's necessity..

AnnurIzz
210716

Tuesday, May 24, 2016

Positive

(kredit)

yeah!!
should be..always ..
THINK POSITIVE!
i can do it!
i believe that Allah will make everything easy!
i believe Allah always helps me!
FOCUS!
^_^
always smile..

"weh..pa hal ko baca buku pun senyum?"
"tu ha..nak kluarkan banyak hormon endorfin.."
"haha"

Everything you are against weakens you. 
Everything you are for empowers you.

250516

Saturday, April 30, 2016

::mimpi::


::MIMPI::

Teruskan lah bermimpi..
kerna mimpi dan harapan
memujuk diri untuk terus mencipta keajaiban..

dan mimpi semalam bukan lagi kayalan
tapi mimpi
yang dijadikan matlamat
perlu berjuang
sampai dapat!

belajarlah
dari setiap kejatuhan
kobarkanlah
setiap semangat yang tersemat dalam jiwa
tetapkanlah
setiap matlamat yang ingin kau punya..

setiap sesuatu cerita itu
kau yang punya
dan kau yang merasa..

"build your own branding with His will, and make it the best amongst the best"
-AS-

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah 2 : 45)

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Sandarkan setiap sesuatu padaNya,
agar tak cepat jemu dan lelah..
kesempurnaan dalam kesederhanaan..

010516
IZZ

Wednesday, April 20, 2016

Revolusi


:: REVOLUSI ::

Di sana cerita mereka
tapi di sini kisah aku
mana mungkin sama
malah jauh berbeza
mereka kata kau boleh lakukan lebih dari yang ada
jasad itu cuba bertahan dari rebah menghempap tanah
mereka kata kau perlu berusaha dari yang biasa
hati itu tunggu masa berderai air mata

penah kau terpejam mata
lalu persoalan bermain di minda
adakah hidup kian mencabar dari yang tercabar sekarang?
biarkan ia berlalu
terus ikut rentak dunia
tapi nyanyikan lagu ikut irama yang kau suka
bukan tenggelam dengan nada picisan dunia..

biarkan manusia ikut cara yang mereka bahagia
kerna jalan mereka dan kau berbeza
kerna keinginan dan kemahuan manusia berbeza
melainkan mereka ingin sehaluan dengan kau punya

kata bicara mampu kata jgn pandang belakang semula
tapi kadang kau terlupa

jangan di injak
bertahan jangan berhenti
tiap yang memijak biar dibelakang
jangan biarkan diri mendepa dada
tunduk sehingga mati

apa kau cari yang sebetul2nya?
tuliskan semula
segala mimpi yang pernah kau cipta
andai hilang lagi
maka kau tulis semula
sampai nafas kau diangkat semula

kau bukan hina
kau bukan lemah tak berjaya
tapi kau istimewa
dalam jalan cerita kau punya

nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan lemas berdakapan
nantikan keberangkatan

pada pena xseindah mana
pada nada serak hiba 
hirup angin 
kesat air mata
pergi berlalu
andai perlu
pulangkan
andai hanya bayangan
cukup sampai situ

(kau ditujukan pada aku sendiri..knp kau? sebab hati yang menulis rasa otak mengiyakan rasa)

200416
Izz







Friday, April 1, 2016

End Of Story


End of story

"Pa hal ko berdiri tengah hujan macam org bodoh?"

"sebab semua orang lari berteduh bila hujan turun.. tapi aku tak benci kan hujan.. kenapa aku nak lari jugak"

"ish budak ni..aku cakap ko bodoh ko marah.."
Diam..

"Ko penah tengok penguin"
Diam..

"Tipu lah klau xpernah.. dah 22 kut.. eh.. 23 kan"
Diam..

"ko twu.. penguin pasangan yang setia time jaga telur sebelum menetas.. si jantan akan lindungi telur, si betina akan keluar cari makan.. selapar dan selebat mana salji turun, si jantan tak akan berganjak dari sarang.. baik kan si penguin.."

"dah kenapa tetiba keluar pasal penguin ko ni.."

"oo.. dengar rupanya.. saja buat romantik bawah hujan dengan ko"

"terima kasih sebab datang.."

"aku lalu sini tadi.. bukan datang untuk ko pun"..
(cover tak caring)

"sebenarnya aku dah twu depa tak akan datang pun.."

"ah?dah tu kenapa kau tunggu macam orang tak betul?"

"tu lebih baik bila depa tak datang.. "

"apa ko cakap ni?"

"doktor cakap, one day aku dah xboleh jalan, perlahan2 percakapan aku dah xjelas, aku tak akan dapat memahami apa org cakap, aku tak dapat bangun dari tidur, makan akan jadi susah."

"ko cakap apa ni.. doktor cakap ikut sains ja.. kuasa sebenar kat atas sana.."

"ko penah cakapkan.. manusia tamak dan pentingkan diri.. pilih untuk tinggalkan bila sesuatu tu dah xbagi outcome untuk diri sendiri, apa yang manusia slalu pk sebenarnya? i want to go back in time...."

"even aku baru kenal ko, aku tahu kau kuat.. jangan lemah macam ni"

Hujan terus lebat..
membasahi tubuh kecil..
membawa pergi air mata..

"ko twu, saat Rasulullah berhijrah.. kenapa Rasulullah bawa Abu Bakar sebagai teman, kenapa Rasulullah tak bawa Umar, sedangkan Umar terkenal dengan keberanian mengangkat pedang?boleh membunuh sesiapa sahaja yang cuba menyakitkan tubuh Rasulullah? sebab Rasulullah kenal setiap seorang sahabat.. Abu Bakar sentiasa membenarkan apa yang Rasulullah cakap.. dan umar pulak mampu survive sorang diri dengan pedangnya di tangan.. ko faham kan apa yang aku nak sampaikan?"

"jom weh, muka ko dah pucat sangat tu"

"setiap orang berjuang nak capai kejayaan.. dan dalam setiap perjuangan tu .. aku twu ada benda yang perlu dikorbankan.. kadang kita jugak yang terkorban.. push diri untuk adapt dengan keadaan dan situasi.. lebih sakit dari sakit fizikal.."

"sempat lagi ko ni..dah la tu nk berskrip tgh hujan pun.."

"aku nak mintak sesuatu boleh?"

"ambik gambar aku kat sini satu..tapi guna henset ko.. nnt boleh ko simpan buat kenangan.. xde la ko lupakan aku.. doa selalu.."

"basah la phone aku.."

"iphone kan.. aku punya sony serap air.."

"memang masuk air la ko ni... dah cepat.."

"satu lagi weh.. aku minta maaf untuk setiap benda yang buat ko terluka.."

"ish.. dah la tu..xpayah nak buat drama bawah hujan kat sini plak.. dah lencun dah.."

"cakap ja la ko maafkan aku.."

"okey2.. aku maafkan ko selalu..puas hati.."

"aah dah.. xpa.. ko balik la dulu.. bukan selalu hujan"

"BUDAK NIE!!! jom BALIKKK!!"

Di tarik lengan paksa balik..

We've got lot to do before we die..
Not everyone has a past beautifully carved, 
but everyone has a beautiful future to carve, 
InsyaAllah..

Fasa membersihkan hati itu, keadaannya sakit dan perit..
Tapi hanya keyakinan dan percaya janji Allah itu pasti..
Terpimpin bertahan walau sesak berkali..

Lakaran lukisan tak berwajah
Jaga hati jaga diri jangan menyerah

Berkati dan mudahkanlah setiap tapak yang menjejak...
010416
Annur Izz

Thursday, March 31, 2016

Mampu


Terus tersenyum
Kau mampu untuk terus bertahan
^_^
Jiwa besar
Untuk impian yang besar

Friday, March 25, 2016

We go


How far we go..
At the end..
We going back to our place..

Allah mesti lbh tahu ap yg terjadi dn lbh menginginkan kebaikan dn hikmah utk atas apa yg berlaku.

Hidup dgn Allah lebih mudah dn menenangkan. Jd, sentiasa pujuk hati utk redha atas aturan hidup yg Allah susun dan kita cuba hadapi dengan tersusun.
impian yang bukan angan2.
Seperti rumput ditepi jalan..
Sekali dicantas, xjemu kembali tumbuh mewarnai alam dgn kehijauan..
Sekali hilang arah menuju impian, kau kan kuat berangan..
beranganlah sampai menang dengan terciptanya impian..
Bhaha

Lintasan buruk dr syaitan mmg akan sentiasa ada. Tp kau kan lbh kuat..

Tuesday, March 22, 2016

Rapuh


Dibawah langitMu
Lidahku kelu
Aku genggam rapat kedua tangan
Air mata mencurah laju
Maaf
Aku kalah lagi
Tak tertahan menanggung

Aku tertulis
Cukup
Kerna rapuh
230316

Monday, March 21, 2016

2B

(sebahagian ruang rak)

2B
Buku & Baca

dalam banyak2 benda yang termasuk dalam financial aku
this
beli buku
haha
bila masuk kedai buku
keluar kedai mmg akan bawa keluar sebuah buku
klau xbawa keluar buku tu maksudnya aku berjaya habiskan sebuah buku dalam kedai
hoho

dulu
aku seorang pembaca tegar novel
sangat beza novel dgn buku selain novel
dan kenapa boleh bertukar bahan bacaan
because of my mom
bila baca novel
tak akan pk benda lain dan serious dah xigat benda lain
mak panggil pun dah xdengar
so from that im decide to change it
xbermaksud xbaca novel langsung
cuma skrg novel yang ilmiah ja

kat rumah
bukan aku sorang suka baca dan beli buku
kakak dan adik aku pun suka membaca
so setiap kali nak beli buku
aku dapat save bajet.. (haha)
buku yang aq nak kadang adk or kakak aq dah beli
so aq dpt beli buku lain
tapi jugak kadang tu akan ada dua buku yang sama
"xcakap nak beli pun!!!"
dan disebabkan tu jugak la rak kat rumah dah xde ruang dah
"mak, rak dah penuh.."
"nnt kita beli rak lain plak.."
mom always support..

kadang2 bila balik rumah
confirm akan ada buku yang xdak kat rak
aku dapat detect walau satu buku aku yang hilang
tapi akan ada buku baru kat rak
so im know that somebody tgh baca buku tu kat campus.. (haha)

what im trying to say that
buku pun boleh jadi kawan
xde orang nak borak 
so KENA baca
xde orang nak dengar cerita
so KENA baca

so thats why
dulu time mybro still kat KL
bila akhir sem
dia akan dtg ambik barang aku
so selalu cakap
"bawa apa la byk sangat barang ni"
haha
"buku yang banyak"
tapi sekarang bila midsem break
aku akan angkut buku yang ada balik awal sikit
sebab xmau tinggal kat stor uia bila akhir sem nnti..

dan buku juga
walau sebanyak mana pun buku yang kau ada dan baca tapi xdifahami dengan betul
dan tiada amal yang menyusul
semuanya akan kosong

so
bila nak ada buku aku kat rak tu?
heee..dah ada dah satu..
untuk buku yang seterusnya
harap sanggup wait and see
kalau rasa xsanggup nak see ja
TOLONG lah aku..
haha
just joke..

InsyaAllah
im trying to make it reality
cuma aku meletak dalam jangka masa yang panjang
or mungkin sangat panjang
buat masa skrg
keadaan dan situasi aku menjadikan aku mendahulukan apa yang perlu
apa yang mahu xde lah aku terus biar begitu
cuma pioriti sbgai pelajar lebih menuntut aku menunaikan hak yang terutama..

yes..
im ok
^_^
k..
jom buat assingment yang melambak
(tarik bantal ..haha)

AnnurIzz
210316



Wednesday, December 30, 2015

dec2015


DEC 2015

kiraan pada angka tak pernah berkurang
bertambah dan makin bertambah
berubahnnya angka pada tahun
berubah juga angka pada umur
lalu mendekatkan kita pada hal2 dalam aturan Allah

"di antara takdir dan doa.. doa itu punya kuasa lebih hebat.. selagi masih ada ruang dan peluang untuk berdoa.. berdoalah agar takdir itu bisa menjadi yang lebih baik.."
"tak akan berubah nasib seseorang itu melainkan ia berusaha ke arahya.."

yeah...
sepanjang tahun 2015..
untuk dihitung segala hikmah dan rezeki yang Allah kurniakan..
tak akan dapat dihutung satu persatu..
malah tak akan terhitung banyaknya..
"dan di anatara nikmatKu mana lagi yang kamu mahu dustakan?"
sungguh..
dengan mata hati 
kau bisa tahu
setiap satu yang diizinkan Allah untuk dijadikan perjalanan hidup kita
adalah satu nikmat yang bermakna
walau kadang ia bukan apa yang dipinta
walau kadang ia bukan apa yang difikirkan
walau kadang kau rasa perjalanan hidup manusia lain lebih indah dari apa yang kau punya..
sedangkan untuk kau itu adalah apa yang kau perlukannya

alhamdulillah
sepanjang 2015
ramai sahabat aku dah jadi isteri orang
huhu
seriously
yang rapat dengan aku semua dah kahwin
yang aku tahu perit hidupnya
yang aku tahu kisah hidupnya
yang aku tahu luka-luka perjalanannya
ia...
sebelumnya masa itu untuk kau rasai derita
tapi hari ini kalian dihadiahkan rasa bahagia yang telah dijanjikan pada hambaNya
"selepas kesusahan pasti ada kesenangan"
im really happy for all of you..
but soryy xdapat datang untuk satu walimah pun..
ok.. (jgn nanges)
so
on that kind..
haha.. aku belajar untuk bukukan setiap cerita perjalanan aku dalam kotak hati satu persatu
tiada lagi sharing story
tiada lagi nasihat hati
tiada lagi hacker nakal2..(haha)
bukan sebab dah breakdown relationship friends tu..
cuma untuk lebih respect pada pasangan yang sedang berbahagia..
ehh.. i means dia dah ada tempat untuk lebih rasa dilindungi dan disayangi..
sebab tu jugak aku banyak mengadu hal dengan Allah ja
dan itulah yang lebih kekal selamanya
tak akan pernah pergi..
mabrook you alls..
tapi mohon mai melawat aku kat uia weh..
buah tangan jangan lupa..
and mohon tambah anak banyak2 cepat..
krik krik

"ko bila lagi Nur?"
soalan yang jawapannya kadang2 aku rasa nak record and then tekan butang play bila setiap kali ditanya..
rasanya umur aku belum cukup tua lagi..
erm..
entah.. soalan yang aku rasa malu dan xmampu untuk aku jawab..
huhu..
cumanya.. the first word is
"InsyaAllah.."
"Doakan.."
aah.. aku tahu indah cinta manusia
apa yang aku sematkan
dalam lamunan kadang aku yakinkan
dialah teman kebahagiaan 
namun cukup dulu aku simpan nama dan dirinya dalam doa panjang
kerna aku hamba hina yang ingin memiliki ciptaan sempurnaNya
pernah ada harapan
lalu aku padam dan sandarkannya pada Pencipta
kerna segalanya milik Dia
andai memang detik waktu itu milik aku dan dia (ehh..)
Allah akan kumpulkan dua cinta manusia yang saling mengasihi 
untuk terus melaju memburu cintaNya
buat masa sekarang
peluang untuk terus memperbaiki diri untuk jadi individu muslim yang legend..
masih diberi peluang terbang bebas mengenal duri dan kaca dunia
masih diberi peluang merasai perjalanan sendirian
dan yang paling best..
dia masih meletakkan aku dibawah jagaan Tuhan lalu membiarkan aku mengenal indahnya CintaNya
saat tiba masa aku dijemput menjadi bidadarinya..
aku akan khabarkan dengan lebih panjang dan penuh madah
kerna dipilih dan memilih bersama itu bukan untuk sehari dua
dipilih dan memilih untuk menyatukan dua keluarga itu bukan untuk sehari dua
dipilih dan memilih menyangi keluarga mertua bukan untuk sehari dua
tapi untuk selamanya
sampai syurga
dan yang pasti jalan dakwahnya yang utama..
kalau nak dicerita dan kongsikankan
banyak lagi..
tapi cukup sekadar di atas..
takut nanti ada yang salah faham..
aku yakin ada 
dan dalam hati jangan lupa 
Allah
serahkan segala urusan pada Allah
lalu kau berusaha ke arah urusan tersebut..
satu hal yang aku xlupa
"Kesabaran akan menjadi bunga"
ok..
noktah..

so!!!
the main point aku sebenarnya adalah!!!
bhahaha..
punya panjang..baru masuk main point ea..
kengkawan aku pakat dapat suami..
aku pun dapat jugak!!
tapi aku dapat terbit buku sendiri!!!!!
eh..silap..zine je la tapi..


kau ada?..erk ..krik krik
actually..
this is one of my target for this year..
so klau dalam list target tu ada dah boleh potong and letak smiley besaq2..
Alhamdulillah
saat2 akhir bulan december
dengan izin Allah
terlahir zine Jejak
dan kenapa namanya Jejak
sebab mula2 nak letak nama Jejaka tapi mcam annoying
bhahaha..xlah ..melawak ja..
sebab nama Jejak..
segala isi kat dalam tu adalah penulisan aku time zaman sekolah campur time kat kuis dan campur sikit awal sem meroyan kat uia..
eh bukan meroyan.. tapi sem membina tapak di UIA..huhu
dan bila dah terkeluar satu zine
aku perlu keluarkan yang kedua ketiga keempat dan seterusnya
so sebelum zine pertama nie aku dah cakapkan kat diri

"kau kena bersedia weh!!"

bersedia untuk dikritik.. bersedia untuk dipandang atas bawah
bersedia untuk dinilai luar dalam (akhlak)
bersedia untuk share media sosial (blog aku je masih private lgi..hoho)
bersedia untuk dipanggil bgi talk..(ehh..haha)
bersedia untuk di segala-galanya..
for sure 
aku baru menapak dan terjunkan diri dalam dunia yang mungkin masih baru bagi aku
dalam dunia orang2 yang aku xkenal
tapi satu je
"kalau aku tak redah aku tak akan belajar pa2..sampai bilapun aku tak akan move on.. stay on forever.."
kekurangan tu pelengkapnya adalah ilmu dan pengalaman..
bukan tunggu tertanya2 kenapa tak datang2..
tak de benda yang datang macam silap mata
klau kau sendiri tak mulakan

"akak mcm mn jualan buku.. ramai beli x?"
"mak bukan buku la..zine ja"

hehe..
soalan mak aku yang sweet..
alhamdulillah sudah cukup yang tergerak hati untuk membaca..
sebab aku bukan penulis yang berkarya di atas papan kekunci
facebook
insta (tu pun share delete berkali2 sebab rasa mcm xcomel..huhu)
twitter (twitter pun xdak weh)
blog (x dipublickan)
jadinya orang was-was nak cuba baca
tapi di awal sebelum diterbitkan zine Jejak
aku dah cakap
andai apa yang tertulis itu dapat menarik manusia yang jatuh kembali bangun
manusia yang lemah kembali kuat
manusia yang terluka kembali sembuh
manusia yang tak tahu punca hidup dapat cipta tujuan hidup
maka Ya Allah
Kau permudahkanlah proses penerbitan dan proses jualan..
cukup itu..
aku dah ada pembaca dari arah yang aku tak kenal
siapa pun aku tak tahu
cuma aku harap ia membantu walau satu perkataan
im someone that try to be the best and want sharing it with others..
"ok la tu akak.. baru nak belajar pakai kasut"
"hehe..aah mak..doakan untuk next zine..eh tak..buku plak kut"
dan sejujurnya
semua untung dari hasil jualan zine aku
aku bagi kat mak abah..
serious xbyk..tapi aku rasa berbaloi..
sebab dah dpt bagi duit kat mak abah..
"mak..xbanyak pun..mak share dengan abah tau.."
hahaha...aah..aku suruh share.. untuk permulaan..
yeah.. that also one of my target for this year..
bg income kat mak abah..
and Allah give me that chance..

"kenapa Annur Izz?"
sebab tu nama yang aku teringin waktu sekolah dulu..
haha..suruh nak tukaq nama letak NurIzz ja..buang 'uana'..
tapi dah besaq.. xboleh tukaq dah..
bhahaha..xlah.. tipu ja..
sebab suka nama Annur Izz tu..
tu nama first sejak wujud blog Annur Izz nie..
itu nama pena yang aku guna pengganti nama sweet aku..
dan kenapa 'NUR'?
haha..
ni pun tak tahu datang mana..
sesedar aku..
untuk sem nie di UIA
aku banyak join program luar yang tak dak kaitan dengan UIA..
(dan ni antara sebab aku terjebak dengan main board QYC.. haha..sebab mungkin kak naqibah aku risau kut.. nakal lebih..ehh )
so sebab tu jadi nama 'NUR'..
dan nama NUR pengganti aku didaerah luar UIA..haha
and with this name..rasa dekat jugak dengan orang-orang luar..
dan untuk pembaca media sosial jugak aku letakkan diri sebagai NUR..
tetiba rasa ayu sangat plak guna 'NUR'..
but its better..
because 'WANA' bukan nama aku actually..haha
tapi aku senang jugak dengan nama WANA..
dan wana xde maksud pun..
tapi sudah sebati bagi sahabat sekeliling yang mengenali..
dan tu jugak antara sebab kenapa NUR..
NUR tu kan cahaya..
(pejam mata)..
so..
its up untuk individu nak panggil apa..
semua aku ok ja..
asalkan kau panggil aku dengan nama yang sesuai dan penuh makna..

yup..
untuk dikongsi semua mmg akan bertambah panjang post..
sebab nikmat Allah kat atas dunia ni serious banyak..
cuma kadang2 manusia tutup mata nanges tak berlagu
mengharap sesuatu
tanpa usaha walau satu
of course kau xboleh berjaya macam dia
sebab kau bukan dia
kau adalah diri kau
kau perlu berdiri atas kaki sendiri
kemampuan kau tak sama macam dia
kau bisa berjaya dengan apa yang kau bisa (berbisa plak)
dan rezeki untuk manusia tu berbeza-beza..
Allah tu Maha Adil
kau dapat apa yang orang lain xdapat
dan kau xdapat apa yang orang lain dapat..
cuma satu
pulangkan rasa syukur pada Allah..

kau masih ada masa untuk meletakkan impian dan angan2
setiap impian tu permulaannya angan2
dan angan2 perlu diciptakan dengan tindakan baru berhasil memiliki impian
so
tahun 2016 bakal membuka tirai
moga perancangan kita untuk tahun depan lebih rapi dan teratur dari tahun ini..
sesungguhnya kita merancang Allah juga merancang..
jangan pernah putus asa untuk terus mencuba walau kadang kau gagal untuk percubaan pertama
banyak lagi cara yang ada untuk atasi segala halangan yang ada
InsyaAllah yang belum ada plan untuk tahun depan
masih sempat lagi untuk plan
dan pernah terlambat pun
yang lambat tu bila xpernah sedar untuk merancang
untuk aku
tahun nie aku dah ada balik buku planner
last buku planner aku time form5
pastu planner aku semua dalam buku nota ja
tahun 2016 bru ada buku planner balik
serious cantik giler
itu pun akak naqibah bagi


hadiah naik jadi main board QYC
(QYC xsempat citer tahun ni..tunggu tahun depan.. citer seram lawak haha)
klau tak memang aku xbeli buku planner pun
mula2 rasa xnak guna sebb mmg cantik sgt and rasa xsesuai untuk jadi buku planner..
tapi disebabkan tu buku planner aku guna jugak
by the way..
xperlu pun buku yang bertajuk 'planner'
asalkan kau ada tulis 'planner' untuk 2016 kau..
InsyaAllah..
nantikan suprise aku tahun depan..
doakan aku senang dapat tajuk buku.. hoho

dan untuk last..
aku mohon maaf untuk segala kekhilafan aku yang aku tak sedar
boleh je nak terus terang dengan aku apa salah aku yang aku tak sedar
sampai ada yang sakit hati xboleh nak move on (klau ada)
mohon maaf jugak segala budi yang aku tak membalas dengan baik tapi moga Allah menganjari setiap satu dengan pahala yang membawa kau ke syurga
mohon maaf segala hak yang tak terlaksana..ajari aku.. bukan menghukum..

dan kerna Tuhan aku,..
aku juga memaafkan kalian..
(jap nak check ada ka x yg aku xmaafkan.. haha..)
InsyaAllah..
semua org yang hadir dalam hidup aku adalah guru aku
mana mungkin seorg anak didik ada marah dan rajuk pada seorg guru dalam masa yang panjang..
^_^

dan
terima kasih untuk mak abah yang xpernah henti2 push dari hujung talian..ehh..haha
terima kasih doa mak abah yang buat akak bertahan
terima kasih insan yang sentiasa support 
terima ksih untuk insan yang sentiasa mendoakan dalam diam
terima kasih untuk insan yang masih boleh terima kekurangan aku
terima kasih untuk insan yang masih bertahan dengan aku
terima kasih untuk insan yang bantu memberi ruang untuk aku move on
terima kasih untuk insan yang bagi motivasi dan brain wash aku
terima kasih untuk insan yang masih menunggu aku..ehh
terima kasih untuk sabahat yang sudi tolong aku senang susah
terima kasih untuk yang block fb aku.. (haha..serious aku pelik..tapi tak kisah pun..ok je)
terima kasih buat roomate yang banyak bantu bila aku susah sakit
terima kasih untuk lecturer aku yang ajar aku jadi sado..
(huhu.. sem nie lecturer aku orang je perempuan.. lagi 5 kebapaannya terserlah.. hari first proposal dah kena reject teruk..huhu..but semua lecturer kenal aku sem ni..haha.. ok.. antara anak murid nakal or baik?ko xpyh fikir..haha)
terima kasih jugak untuk pelanggan2 yang menjadi pembeli shawl aku, tudung aku, flower brooch dan zine aku tahun nie..tahun depan beli lagi..eh..haha
(aah.. aku jual shawl dgn tudung.. buat sendiri.. then jual.. sekadar underground..haha..sebab aku buat shawl..tapi tak reti pakai shawl,,kakak aku yang jadi model untuk shawl aku..so thats why xpromote public..sebab nanti orang cakap.. "ko jual, tapi ko pun xpakai.."..haha..orang pun was-was nak beli.. xharam pun pakai shawl.. setengah orang..eh..bukan orang..umum sgt..setengah perempuan lebih selesa pkai shawl.. setengah lgi suka pkai tudung biasa ja.. asalkan kedua-duanya tutup aurat kau..terpulang..)
Terima kasih abg hafiz dgn kak Eja dan seluruh penggerak legasioakheart atas usaha keras untuk penerbitan Jejak..
terima kasih untuk semuanya yang aku xdapat nak specifickan lagi kat atas..
banyak sangat..
dan
seperlu pertama-tamanya
Alhamdulillah Ya Allah
atas segalanya
moga terus dipermudahkan bagiku segala kesulitan
dan untuk kamu juga..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaimu
amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu..
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai 
daripada diriku dan keluargaku 
serta air yang sejuk."

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya akan diberikannya kelapangan (jln keluar).
dan diberikannya rezeki tidak disangka-sangka.
dan maka cukupkannya (keperluannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendaknya.
Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah."

dan
sampai hari ini
aku pun xpasti 
macam mn aku boleh move on..
moga terus mencipta perjalanan hidup yang lebih baik..

InsyaAllah..
post nie penutup untuk tahun ni..
tunggu tahun depan plak..
haha
segala yang baik dari Allah
yang buruk disandarkan pada aku sebagai bukti lemahnya manusia..
segala bicara di atas..
aku selitkan
insyaAllah..
MasyaAllah..
Alhamdulillah..
Innalillah..

Fi hifzillah..
Infiruu Khifafan Watsiqaalaa..
selamat mencipta jejak seterusnya..
with your goal and target mission year 2016

30122015
#dec2015
NUR