Showing posts with label UJIAN ILLAHI =). Show all posts
Showing posts with label UJIAN ILLAHI =). Show all posts

Sunday, November 13, 2016

diRi


-Diri-

pada janji
tiada lagi air mata sia-sia
melainkan kau akan terus bangun 
lepas kau merintih dalam sujud kepadaNya
-AI-

untuk menjadi manusia yang tak mudah melemah masih aku cuba
kerna kadang aku terlemah tanpa sedar
jiwa dan hati
mengapa terlalu rapuh?
ea..
mungkin kerna salah kau
belum cukup kukuh iman yang kau bina

teguhlah wahai jiwa dan hati
kau tahu bukan?
hidupnya manusia di dunia hanya persinggahan sementara

Dia Allah berfirman, 
"kamu tinggal di bumi hanya sebentar saja. jika kamu benar-benar mengetahui."
(Al-mu'minun 23: 114)

 datangnya senyum bahagia
ujian buat hamba
datangnya sedih mencengkam
juga ujian buat hamba

tiada lain
melainkan memohon petunjuk dan keteguhan
untuk punya kekuatan
agar mampu terus berdiri
walau sehebat mana badai datang melanda merobohkan tembok pertahanan
moga kau terus bangun membinanya semula
jangan pernah kecewa pada yang berlalu
kerna Allah tak pernah mempersia-siakan hambaNya
walau sejauh mana kadang kita menjauh dariNya
tapi Dia sentiasa setia membalut jiwa dan hati kau dengan 
rahmat dan kasih sayangNya..

kuatlah..
untuk Tuhanmu..

131116
9:17 pm 
AnnurIzz



Wednesday, September 24, 2014

hilAng



H.I.L.A.N.G

Rasa xmampu
Payah dari apa yg disangka
Hilang semangat..
Totally
Jauh
At this time fell like im truely the 'loser'
I cant go

Down
AnnurIzz
Publish

Saturday, September 13, 2014

pRAy


P.R.A.Y

Ya Allah.. sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut PengetahuanMu, daku mohon kepastian dengan kudratMu dan daku memohon dengan KurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan daku tiada kuasa, Dikau Amat Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Dikau Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi! Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan daku padanya. Tetapi jika di dalam PengetahunMu hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah daku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku dengannya. Sesungguhnya Dikau berkuasa di atas segala sesuatu.

Wahai Izzuana!! Sabar.. tahan.. kuat.. yakin.. Allah adalah pengatur yang terbaek!!!

the day
nanges T_T
AnnurIzz
Publish

Saturday, September 6, 2014

petunjuk


P.E.T.U.N.J.U.K

again..
Counting days..
huhu..
Sungguh.. tiada daya.. yg ada cuma talian hayat bersamaNya..petunjuk dan dorongan Allah lah yang terbaek..
Mengaharap sinarnya..
..basah lagi..

SOLAT
Istiqarah dan hajat
Adalah kembar siam yg xdpt dan xboleh dipisahkan..
Dalam diri setiap insan
moga Allah bagi kekuatan
diri xmampu sendirian
melainkan dgn bimbinganNya..
dan moga Allah tunjuk jalan..
Moga diteguhkan dan dikuatkan segalanya..huhu
Biiznillah..
..basah..

AnnurIzz
Publish

Saturday, August 30, 2014

diRi


D.I.R.I

" Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, 
cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai penasihat"

-AAA-

. . . . .
antara nikmatMu.. mana lagi yang Izzuana mahu dustakan?!!
. . . . .
T_T

diriku juga manusia
dan hakikatnya
diriku juga seorang wanita

lidah kelu..hati beku..otak kaku
pandang langit 
..basah..
sungguh..makin xmampu..

tryingtodothebest
butIgetthebesttest
Allah..sungguh..hanya Engkau Maha Mengetahui

senyum
AnnurIzz
publish






Saturday, August 2, 2014

you!! yup..you!!!


 

Wahai IZZuana Roslan
"You need to be VERY strong"
..please..
Biar beribu parut luka menghiris
Hanya keikhlasan jadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau maha mengerti..
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
Bila saatku pergi biarlah ia tetap di situ
..antaraimandannafsu..

Ya Allah
Pandang langit menghitam dlm gelap malam
Senyum
AnnurIzz
Publish

Saturday, July 6, 2013

3XS

senyum seindah suria
yang membawa cahya
senyumlah dari hati
dunia pun berseri

salam sahabat2 fillah..
sihat?,..
Alhamdulillah..
moga semuanya dalam kasih sayang Allah..

^_^
saat sy memandang kanan dan kiri..
situasi dan keadaannya xsama seperti hati inginkan..
saat sy memandang belakang dan hadapan..
harapan sy hanya angin jerebu yang menyambut..(ngehh)

untuk katakan 24 hours or every time diriku dalam kekuatan luar kawalan sangatlah tipu..
kadang-kadang keluhan terkeluar.. patahnya hati terdengar bunyinya ...(tuin2)..
Allah... Allah.. Allah .. Ya Allah..

aku sedang mencari sesuatu..
tapi xtwu apa kebenda..
aku sedang mengharap sesuatu..
tapi xtwu apa yang diharapkan..
aku sedang menunggu sesuatu..
tapi xtwu apa yang ditunggu..
aku sedang bersedih tentang sesuatu..
tapi xtwu apa yang sedang disedihkan..

"HEI KAMU!!!!!
STOP BERFELING PELIK2!!!
SAMPAI BILA AWAK NAK MCM NIE!!!!"
>> sampai otak saya dah xmampu berfikir dgn akal..!!!

mendidiklah..bukan menghina dan mempersalahkan..
hargailah.. bukan mencampak dan mengasingkan..

based on tajuk '3XS' means 3SSS..
>> SOLAT >> SABAR >> SENYUM ^_^

buat pembaca yang sedang melintaskan mata di blog 'ANNUR IZZ' ..
terima kasih atas kesudian anda untuk membaca apa yang tersurat..
walaupun saya xtwu siapakah anda yang sedang membaca penulisan seorang insan biasa yang tiada apa untuk diteladankan.. maafkan saya kerna tiada suratan yang baru untuk ditaipkan buat tatapan..
tiada apa yang mampu untuk ditulis kerna fikiranku masih mencari sesuatu yg sy xpasti apa.. (semput)..
teratak annur izz kini bagaikan satu rumah usang yang penuh sawang.. tapi bila menjejak di dalamnya penuh dengan memori yang menerbangkan diri ke langit yang tinggi.. "diriku hanya insan biasa... yang cuba berlari.. terjatuh.. tapi air mata tidak dijatuhkan.. cuma sakitnya disimpan dalam peti hati yang paling dalam.. saat peti hati penuh.. satu letupan kecil bakal terdengar.. mungkin disitu isyarat terhentilah segalanya..Allah Allah"..
insyaAllah.. tiada karya yang hebat untuk aku sampaikan.. tapi aku sedang mencuba.. selamat membesar semua.. jaga diri.. jaga hati.. jaga iman..
'hasbunallah wani'mal wakil'

dan pesanan ringkasku..
"berpeganglah dengan kata janji manusia dengan sekadarnya, kerna kelak akan terseksa...
tapi berpeganglah dengan janji Allah sekuatnya .. kerna kelak bahagia ke akhirnya...
Allah..
sedarlah wahai manusia.. anda sedang menyakitkan diri anda!!!!!!!!!!!

barakallahufikum
senyum ^_^
publish






Wednesday, March 21, 2012

mUhaSAbah CinTA

Assalammualaikum...^^,



BerLari... BerJalaN..
tiada istilah berhenti untuk kedua-duanya..

teratak yang semakin hari makin kesunyian..
dipenuhi sawang-sawang yang berdebu..
begitulah rentak kehidupanku kini..

irama kehidupan yang tidak dapat terungkap..
malah sukar untuk ditafsirkan...
dibelenggu dengan melodi kegelapan..

puas diri mengumpul segenap kekuatan..
agar lahirnya ketabahan..
namun ujian tetap datang bertandang..
hati masih rapuh untuk menahan kesakitan..

Ya Rabbi.. dalam sejarah.. akulah juara di antara yang berjuta.. aku seorang yang bertenaga bersama semangat yang sangat mendalam dan lebih dalam daripada yang berjuta... lalu akulah yang berjaya menembusi benteng kental itu... maka aku melalui satu alam yang sangat indah... dilindungi rapi dan selesa bersama kehangatan kasih sayang itu... aku bahagia.. kerna aku berjaya daripada yang berjuta... bersama bahagia itu aku bersyukur, kerna Penciptaku memilihku sebagai pemenang...

Ya salaam.. dalam kehidupan.. pelbagai perasa perlu dirasa.. klau tak.... xsedap ramuan pelayaran nanti... dalam hidup ada lima perkara yang perlu kita sayang... masih ingat??... hehe... kita sering berharap agar cahaya sentiasa menutupi kegelapan dalam perjalanan hidup kita... kita juga berharap agar kebahagiaan sentiasa ada untuk lenyapkan kesedihan... tapi.... pernah x terpikir atas setiap doa yang kita pinta... ermmm... pernah dengar lagu MUHASABAH CINTA !!.. hehe... ok..akak nk kongsi sesuatu.. moga sesuatu nie dapat membantu adik2 untuk sesuatu.. yup.... kita lemah... tapi tak mungkin kita xkuat... tambah kita xsuka orang kata kita lemahkan... berdasarkan lagu muhasabah cinta tu.... adik2 dah boleh kuatkan semangat bila sakit... betul... cuba teliti setiap lirik lagu dia... 

OKEY.. LET WE START THE POINT!!(HAHA)

hai semua....hehehe.. penah rasa sakit x?...sakit apa?.. jumpa doktor x? makan ubat x =P? ermmm... sakitkan bila sakit menyerang... ramai yang diuji dengan sakit masing2... hanya dengan kekuatan yang mampu mendorong kita menahan kesakitan... huhuuu... untuk dikongsi bersama...

aku...seorang yang bukan berpenyakit tapi selalu sakit...hehehe(mcm mn 2..xnk mengaku ke?..haha)... sakit yang aku tahan dari dulu sampai sekarang.. cuma skarang makin sensitive teruk... entah.. aku pun xfaham... erm... bila sakit menyerang... aku bagaikan orang yang hilang akal..(wow..tp xgila la..haha)... mungkin kerna terlalu sakit... xakan ada sepatah pun yang akan keluar... huhu... ubat??,.. hehe.. jgn harap aku nk telan ubat 2.. sbb ubat 2 la..makin lama aku kena makan ubat yang lebih kuat...klau x..xberkesan (buat2 paham je).. so skrg aku xsuka telan ubat... n most important thing..aku kesian kat buah pinggang aku n also buah hati aku ..(haha).. erm... apa yang mampu aku buat, tahan sakit sampai hilang sakit.... ermm.... so, persoalan yang timbul... boleh x xnk sakit dah??...huhu..boleh x nk mintak xnak sakit?... huhuhuuuu... akhirnya.... aku dapat jawapan untuk persoalan nie daripada sorang kakak... jika nak dibandingkan aku dan akak nie.. yup... sakit dye lebih kuat daripada aku... tapi akak nie sangat kuat orangnye... (thenz akak humaira').... berdasarkan kisah para sahabat yg aku baca dalam blog akak nie.. insyaallah... menurusi kisah nie kita dapat terus tabah untuk menahan kesakitan.. nk dengar x?...mungkin ada yg penah dengar or mungkin ada yg blum penah dengar....n mungkin ada yang akan terkesan or mungkin ada yang xkan rasa pa2..(haha)..

kisah mengenai seorang sahabat bernama Uwais al-Qarni..

secara umumnya, Uwais berpenyakit sopak. tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya... Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Dia sopak sejak dilahirkan lagi.

satu hari ibunnya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Uwais disuruh supaya berikhtiarkan dan menguasahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebgai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya "Haudat". Namun perbelanjaannya sangat mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan Huadat tersebut,nak sewa pun xmampu.

Ibu Uwais semakin uzur, maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya... "anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi untuk bersama kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat satu ihlam. dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "tilal" iaitu sebuah tanah tinggi... Apa yang dilakukan Uwais, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk ke atas tilal... pagi esoknya, dia dukung lembu itu turun dari tilal untuk diberikan makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu tersebut makan.

Perbuatannya menyebabkan orang kata dia gila... memang pelik, buatkan rumah lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit... tetapi sebenarnya niatnya baik,.. klau buat begitu setiap pagi dan petang.. daripada lembu berat 20kg,  slepas 6bulan lembu itu menjadi 100kg.. otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun naik bukit...

Selepas lapan bulan, maka tibalah musim haji...  rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya.... dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. dia mendukung ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan Padang Arafah dengan senang... dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman...

setelah pulang ke rumah, 

ibunya berkata : "Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?"..
Uwais menjawab"saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu"... 
Ibunya bertanya :  "bagaimana pula dengan dosa kamu?.." 
Uwais menjawab"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga.."  
Ibunya berkata"ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.."
Uwais menjawab : "saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan..klau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala".. 
Ibunya menambah"klau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa"..

Akhirnya, Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa, Uwais berdoa seperti yang dipinta ibunya supaya Allah sembuhkan penyakit sopak yang dihadapinya itu.. tetapi kerana takut masih ada dosa pasa dirinya... dia berdoa.. "tolonglah Ya Allah, kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit"..

Allah s.w.t sembuhkan serta merta sopak diseluruh badannya kecuali satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya... selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia.. dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya... selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah...

Subhanallah....
bagaimana pula dengan kita?...
hanya mengeluh??..merungut ketika sakit?...
yup...
pelbagai penyakit kita ada... setiap penyakit ada penawarnya.. melainkan mati...
sayang.... sakit yang kau tanggung memang berat... tapi ada lagi orang yang lebih menderita... 
kau patut bersyukur atas nikmat ini... nikmat ini mendekatkanmu dengan Penawar segala Penawar...
cuma kau yang cuba membuta.. mengelapkan jalan yang sebenarnya penuh dengan cahaya... 
sayang.... air mata kesakitan itu jangan kau biar ia bertakung... alirkanlah ia... sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun berdoa agar diberi sepasang air mata... kerna air mata juga sebahagian daripada penawar... maka... jgn kau biarkan nikmat itu.... alirkan air matamu dengan alunan zikir saat sakitmu mendekati dan mendugamu.. kerna datangnya.. pergilah sebahagian dosa-dosamu.... usah ada putus asa... bersama ayat-ayat cinta di sisi Illahi... sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa-dosaku... 

Ya Rabbul Izzati... kuatkan mereka.. kuatkan dia... dan kuatkan aku.... ampun segala khilaf selama ini....ameen... >>>>  KAULAH YANG TERHEBAT.... KEEP SMILE.. SAVE TO HEART...



Monday, May 9, 2011

<::Ya Allah::>

Rahmat ujian...

Ya Allah...Engkaulah pemilik hati kami...pengatur segala urusan kami...pemberi kasih sayang yang tidak mengharapkan pembalasan daripada kami...

Ya Allah..malu rasanya hati ini...terus meminta dan meminta tanpa henti....air mata kami xpernah henti..kerna mengharapkan pertolonganMu..Ya Allah..terlalu hina diri ini...xmampu untuk menghilangkan air mata saat diri terus diuji...rasa xmampu untuk terus bangun untuk teruskan kehidupan ini...yang membuatkan aku jadi xmenentu...Ya Allah..andai ini ujian sebagai penebus segala khilafku...aku cuba kuatkan hati dan redha atas setiap aturanMu...walaupun payah..akan aku cuba sedayanya..kernaku tahu...walaupun aku bukan yang terpilih di mata manusia dan itu juga bukan yang aku mahu...namun aku tahu...moga aku dan sahabatku terpilih untuk berada di sisiMu....

"Ya Allah..aku mohon yang terbaik..moga air mata kami akan  terhapus dgn secebis kebahgiaan yang Engkau berikan kepada kami bersama keredhaan satu ketika nanti..aku yakin...kejayaan itu akan hadir dengan izin drpdMu...Ya Allah..diriku terlalu lemah...kuatkanlah aku...kuatkan sahabatku..bangunkan aku dari kelemahan yang memerangkap hatiku Ya Allah..."...

buat sahabatku nadia....
aku cuba untuk terus kuat di hadapanmu..aku yakin aku mampu terus tabah di hadapanmu...aku cuba untuk menguatkan dirimu dan diriku...namun..maafkan diriku sahabat...aku gagal....terkadang aku tersungkur di hadapanmu...menyebabkan air matamu mengalir...maafkan diriku kerna xmampu untuk menghapuskan air matamu...aku tahu...kau cuba untuk kuat..kau cuba untuk senyum untuk tenangkan hati....kau cuba naikkan semangat aku...sahabat...tanganku hulurkan padamu agar aku dapat bawamu melangkah dalam kehidupan ini yang penuh ujian Illahi dalam mencapai kasih sayang PENCIPTA khalifah di muka bumi...kuatkan semangatmu...pelayaran kita di tengah lautan tampak kian mencabar....Allah sayang kita sayang....Allah sayang sahabat2 kita yang lain..cumanya ujian kita berbeza daripada mereka...kita diuji dgn kesedihan...kita diuji dgn kesabaran...sabarlah sayang...maafkan diriku..akan aku cuba terus berada di sisimu...agar kekuatan daripada Illahi dapat dikongsi bersamamu...itu harapanku untukmu....

....nasihat buatku...
"Orang yg memberi nasihat kpd orang lain dan ia mengamalkan nasihat tersebut, laksana matahari. Orang lain terang karena cahayanya, dan ia tetap (tidak hancur). Sedangkan Orang yg memberi nasihat kpd orang lain, tetapi ia sendiri tidak mengamalkan nasihat tesebut laksana lilin. Orang lain terang karena cahayanya, sementara ia sendiri hancur."


nukilan ikhlas dari hati insan kerdil menghadap penciptanya...
bersama sahabatku yang tabah...

Thursday, May 5, 2011

^..cahaya..^


hidup bagaikan satu pelayaran di lautan...

mulanya....aku berada di tepi pantai...aku berlari dan bermain keriangan....kehalusan pasir ciptaan Illahi dapat aku rasai.....
kemudian, aku terus melangkah....aku cuba menaiki sampan...saat ini...aku hanya mampu mendayung tidak jauh dari daratan...aku bahagia..kerna aku mampu mendayung walaupun itu kali pertama aku berada di atas air dengan adanya 'sampan'..namun, tiupan angin di lautan semakin kuat dirasai....
aku terus menuju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang....aku cuba mencari kekuatan untuk terus mendayung....walaupun susah....aku terus berusaha dan berusaha dan berusaha....
setelah lama aku mendayung...aku cuba melihat sekelilingku...aku menarik nafas panjang...nama-nama indah pemilik hatiku terus aku ungkap tanpa henti....
baru aku sedar....kini aku semakin hampir di tengah lautan....semakin sukar untuk aku mendayung....sekelilingku kosong....yang aku nampak.....air laut yang berombak....angin yang bertiup kencang...langit membiru dipenuhi awan.....sinaran matahari yang menerangi alam Illahi....

(tepi pantai)
saat aku masih digelar kanak2...tiada masalah yang aku fikirkan..yang aku tahu..menangis...main--main...meriuh-rendahkan keluargaku dengan kenakalanku bersama adik-beradik yang lain....aku tak terfikir...macam mn dgn perjalanan hidup aku??..sebabnya..aku masih budak2...masih xmampu untuk berfikir....

(kemudian cuba naik sampan..)
aku di ajar untuk berdikari....aku dihantar ke tadika...aku menangis sebab mak abah tinggal aku kat situ....setiap hari macam 2...sampailah aku ada teman....aku seronok main dgn 'mereka'...aku ingat lagi..cikgu tadika aku bawak aku pegi taman jubli dgn teman2 aku....seronok sangat main sampai aku x sedar kaki aku berdarah....aku ingat lagi..pakcik van aku lupa nk antaq aku...pak cik 2 kata..'laa, ada sorang lagi ka??'..aku senyum je.....aku balik naik moto dgn pakcik 2..jimat minyak...
pastu, aku dah besar skit...abah aku antaq aku masuk kelas tahun 1...aku dah xmenangis..sebab..teman aku pun ada sekali....aku ingat lagi...aku penah kena tampar kat belakang dengan cikgu matematik waktu darjah 2...cikgu lelaki...bayangkan''',...tangan besar tampar budak2 darjah 2 dgn sederhana hati...sedap rasanya...huhu..sebabnya dia xbagi buat keja lagi tp aku buat dah..lagipun cikgu 2 lambat sangat..aku xlarat nak tunggu...huhu...n alhamdulillah....sekarang aku orang yang paling minat 'matematik'....aku rindu cikgu 2...tahun berapa xigat...aku naik basikal p sekolah....banyak kali aku jatuh..depan orang ramai plak 2...tp aku suka...sebab ada tolong aku...hehe...aku citer kat mak...tp mak senyum je....sedih jugak...sampailah tahun 6 aku kat situ....tp setiap tahun aku tukar tempat sebab setiap tahun aku tukar kelas...=)...teman2 aku kat sini, aku xtau kat mana dah...moga semuanya dalam keadaan mujahidah setia...

baru aku tahu..mak abah aku tinggal kat tadika bukan sebab nk tinggal aku..tapi nak didik aku...nak suruh aku berdikari dan belajar berjalan sendiri....nak bagi aku kenal basic kehidupan...nak aku tau yang ada manusia lain dalam dunia nie...nak aku jadi insan berguna....nak aku rajin belajar....e2 yang pasti...

(hampir ketengah)..
kat sinilah aku banyak belajar...kat sinilah aku banyak berfikir...aku banyak tahu apa yang aku xtau...alhamdulillah..Allah pilih aku untuk ada kat sini...kat sini...aku ada sahabat...yang banyak membuka mata aku yang tertutup...perlahan-lahan aku ditarbiyah,...
f1-f2...'kami berempat'...haha..aku pun xtau macam mana aku bleh sesat kat situ...aku sayang kat sahabat2 aku 2....tp time nie...biasa la...masih merangkak...'group kami' dikira teruk..haha...tp kat mata orang ja..kat kami...kami xteruk...tapi kami belajar....belajar untuk jadi terbaik....kadang2 ada kaka2 panggil..haha..sebabnya xnak kami terus hanyut...mungkin kat mata je nampak teruk..tp hati kami masih x k.o...rindu kakak2 2...hehe...
f3....sebuk pmr...so banyak belajar....banyak lawan xnk usik soal hati dgn sahabat2..sebabnya..time nie syaitan nak cucuk jarum...saja nk permainkan kita..so....think + je klau apa2 berlaku....agar xtimbul masalah...
f4-f5.....tahun yang banyak meninggalkan kenangan....rindu sangat2....ada pahit n manis....ukhuwwah tahun nie lah yang sangat bermakna..dalam kelas xde group2 dah..semua satu hati..tapi ada part jgak yang xbleh dikongsi bersama...sebabnya 'peribadi'...its ok..yg pasti...sedia memunggu untuk memberi kekuatan saat diri dalam kelemahan..terutamanya aku....rindu nak dgr masalah 'hampa' semua..dgn masalah 'hampa'...aku dapat pujuk hati aku untuk terus kuat hadapi masalah aku..sebab aku jadikan masalah korang lebih berat drpd aku...tp setiap masalah Allah sediakan penyelesaiannya.....hari last kita kumpul sama2...time kat sekolah pekula....semua ada...xdak yang 'xhdir'...n kat situlah satu2 gambar yang kita semua ada....gambar kita xpernah cukup ahli...tp dgn satu nielah akan menjadi yang abadi dgn izin Illahi...

(sekarang)...
aku rindu sangat2 kat semua...rindu dgn kata2 semangat yang sahabat2 ada....rindu nk merapu sama2...haha...kat mana sahabat2 semua....kalau ada program pa2..bukan semua yang dapat hadir..tapi mungkin Allah xizinkan lagi..insyaallah...satu hari n masa n ketika..Allah akan temukan kita...Allah atur yang terbaik...insyaallah..seandainya pertemuan bukan untuk kita...kita ada 'alam siber'...dgn izin Allah..'alam siber' ini dapat diwujudkan....maka kita guna sebaiknya...
imtihannya.....moga cahaya menerangi kehidupan sahabat2 di dalam kehidupan yang semakin mencabar ini...jalannya seakan sukar...jawapannya masih dinanti2..ke mana kita selepas ini....jangan biar kegelapan menyelubungi perjalanan...carilah cahaya mewarnai pelayaran di tengah lautan...moga dipermudahkan dan dipertemukan sinar disebalik ketenangan....
teruskan perjuangan...

salam sayang & rindu...
nukilan ikhlas.....