Wednesday, March 21, 2012

mUhaSAbah CinTA

Assalammualaikum...^^,



BerLari... BerJalaN..
tiada istilah berhenti untuk kedua-duanya..

teratak yang semakin hari makin kesunyian..
dipenuhi sawang-sawang yang berdebu..
begitulah rentak kehidupanku kini..

irama kehidupan yang tidak dapat terungkap..
malah sukar untuk ditafsirkan...
dibelenggu dengan melodi kegelapan..

puas diri mengumpul segenap kekuatan..
agar lahirnya ketabahan..
namun ujian tetap datang bertandang..
hati masih rapuh untuk menahan kesakitan..

Ya Rabbi.. dalam sejarah.. akulah juara di antara yang berjuta.. aku seorang yang bertenaga bersama semangat yang sangat mendalam dan lebih dalam daripada yang berjuta... lalu akulah yang berjaya menembusi benteng kental itu... maka aku melalui satu alam yang sangat indah... dilindungi rapi dan selesa bersama kehangatan kasih sayang itu... aku bahagia.. kerna aku berjaya daripada yang berjuta... bersama bahagia itu aku bersyukur, kerna Penciptaku memilihku sebagai pemenang...

Ya salaam.. dalam kehidupan.. pelbagai perasa perlu dirasa.. klau tak.... xsedap ramuan pelayaran nanti... dalam hidup ada lima perkara yang perlu kita sayang... masih ingat??... hehe... kita sering berharap agar cahaya sentiasa menutupi kegelapan dalam perjalanan hidup kita... kita juga berharap agar kebahagiaan sentiasa ada untuk lenyapkan kesedihan... tapi.... pernah x terpikir atas setiap doa yang kita pinta... ermmm... pernah dengar lagu MUHASABAH CINTA !!.. hehe... ok..akak nk kongsi sesuatu.. moga sesuatu nie dapat membantu adik2 untuk sesuatu.. yup.... kita lemah... tapi tak mungkin kita xkuat... tambah kita xsuka orang kata kita lemahkan... berdasarkan lagu muhasabah cinta tu.... adik2 dah boleh kuatkan semangat bila sakit... betul... cuba teliti setiap lirik lagu dia... 

OKEY.. LET WE START THE POINT!!(HAHA)

hai semua....hehehe.. penah rasa sakit x?...sakit apa?.. jumpa doktor x? makan ubat x =P? ermmm... sakitkan bila sakit menyerang... ramai yang diuji dengan sakit masing2... hanya dengan kekuatan yang mampu mendorong kita menahan kesakitan... huhuuu... untuk dikongsi bersama...

aku...seorang yang bukan berpenyakit tapi selalu sakit...hehehe(mcm mn 2..xnk mengaku ke?..haha)... sakit yang aku tahan dari dulu sampai sekarang.. cuma skarang makin sensitive teruk... entah.. aku pun xfaham... erm... bila sakit menyerang... aku bagaikan orang yang hilang akal..(wow..tp xgila la..haha)... mungkin kerna terlalu sakit... xakan ada sepatah pun yang akan keluar... huhu... ubat??,.. hehe.. jgn harap aku nk telan ubat 2.. sbb ubat 2 la..makin lama aku kena makan ubat yang lebih kuat...klau x..xberkesan (buat2 paham je).. so skrg aku xsuka telan ubat... n most important thing..aku kesian kat buah pinggang aku n also buah hati aku ..(haha).. erm... apa yang mampu aku buat, tahan sakit sampai hilang sakit.... ermm.... so, persoalan yang timbul... boleh x xnk sakit dah??...huhu..boleh x nk mintak xnak sakit?... huhuhuuuu... akhirnya.... aku dapat jawapan untuk persoalan nie daripada sorang kakak... jika nak dibandingkan aku dan akak nie.. yup... sakit dye lebih kuat daripada aku... tapi akak nie sangat kuat orangnye... (thenz akak humaira').... berdasarkan kisah para sahabat yg aku baca dalam blog akak nie.. insyaallah... menurusi kisah nie kita dapat terus tabah untuk menahan kesakitan.. nk dengar x?...mungkin ada yg penah dengar or mungkin ada yg blum penah dengar....n mungkin ada yang akan terkesan or mungkin ada yang xkan rasa pa2..(haha)..

kisah mengenai seorang sahabat bernama Uwais al-Qarni..

secara umumnya, Uwais berpenyakit sopak. tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya... Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Dia sopak sejak dilahirkan lagi.

satu hari ibunnya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Uwais disuruh supaya berikhtiarkan dan menguasahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebgai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya "Haudat". Namun perbelanjaannya sangat mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan Huadat tersebut,nak sewa pun xmampu.

Ibu Uwais semakin uzur, maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya... "anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi untuk bersama kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat satu ihlam. dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "tilal" iaitu sebuah tanah tinggi... Apa yang dilakukan Uwais, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk ke atas tilal... pagi esoknya, dia dukung lembu itu turun dari tilal untuk diberikan makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu tersebut makan.

Perbuatannya menyebabkan orang kata dia gila... memang pelik, buatkan rumah lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit... tetapi sebenarnya niatnya baik,.. klau buat begitu setiap pagi dan petang.. daripada lembu berat 20kg,  slepas 6bulan lembu itu menjadi 100kg.. otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun naik bukit...

Selepas lapan bulan, maka tibalah musim haji...  rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya.... dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. dia mendukung ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan Padang Arafah dengan senang... dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman...

setelah pulang ke rumah, 

ibunya berkata : "Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?"..
Uwais menjawab"saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu"... 
Ibunya bertanya :  "bagaimana pula dengan dosa kamu?.." 
Uwais menjawab"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga.."  
Ibunya berkata"ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.."
Uwais menjawab : "saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan..klau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala".. 
Ibunya menambah"klau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa"..

Akhirnya, Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa, Uwais berdoa seperti yang dipinta ibunya supaya Allah sembuhkan penyakit sopak yang dihadapinya itu.. tetapi kerana takut masih ada dosa pasa dirinya... dia berdoa.. "tolonglah Ya Allah, kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit"..

Allah s.w.t sembuhkan serta merta sopak diseluruh badannya kecuali satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya... selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia.. dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya... selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah...

Subhanallah....
bagaimana pula dengan kita?...
hanya mengeluh??..merungut ketika sakit?...
yup...
pelbagai penyakit kita ada... setiap penyakit ada penawarnya.. melainkan mati...
sayang.... sakit yang kau tanggung memang berat... tapi ada lagi orang yang lebih menderita... 
kau patut bersyukur atas nikmat ini... nikmat ini mendekatkanmu dengan Penawar segala Penawar...
cuma kau yang cuba membuta.. mengelapkan jalan yang sebenarnya penuh dengan cahaya... 
sayang.... air mata kesakitan itu jangan kau biar ia bertakung... alirkanlah ia... sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun berdoa agar diberi sepasang air mata... kerna air mata juga sebahagian daripada penawar... maka... jgn kau biarkan nikmat itu.... alirkan air matamu dengan alunan zikir saat sakitmu mendekati dan mendugamu.. kerna datangnya.. pergilah sebahagian dosa-dosamu.... usah ada putus asa... bersama ayat-ayat cinta di sisi Illahi... sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa-dosaku... 

Ya Rabbul Izzati... kuatkan mereka.. kuatkan dia... dan kuatkan aku.... ampun segala khilaf selama ini....ameen... >>>>  KAULAH YANG TERHEBAT.... KEEP SMILE.. SAVE TO HEART...



1 comment: