Friday, January 31, 2014

Xpresi Cinta Rasul

31/1/2014 : JUMAAT
blink...blink

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui."
( 6 : 96)
..............................
Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang solat isyak secara berjemaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat subuh secara berjemaah seumpama dia solat keseluruhan malam. 
(HR MUSLIM)

"sentap..?"
andai tersentap..
makanya jangan jadikan sekadar 'sentap' yang biasa..
tapi sentap dengan melakukan sesuatu..
Allah dekat, tapi kita yang menjauhkan diri..
Cahaya sunnah Rasulullah ada, tapi kita yang menggelapkannya..
Di manakah kita?
..tunduk..
nanges malu...
menangislah kamu kerna Allah dan Rasulullah..
jika bukan kerna itu ..
tiada makna air mata yang mengalir..
=_=
Xpresi Cinta Rasul
"jangan dilihat usaha yang sedikit itu adalah hal yang remeh"

"jom bina diri"
membentuk individu muslim
convert
biar sedikit dari tiada langsung..
^_^
AnnurIzz
publish

Tuesday, January 28, 2014

A journey ^_^

"A journey with thousand miles start with a single step..."

Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid : 
"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati"

pengorbanan di atas pengorbanan..
jalannya panjang..
kejayaannya jauh..
masanya lama..
berangkatlah kamu dengan 
ringan maupun dengan rasa berat..
yang demikian itu adalah lebih baik bagimu..

"on the other shore of sadness
it's said that there is a smile
finally we arrived
but what are we waiting for?
the purpose is not to run away
it's to chase after dreams
we should have gone out to travel
on that summer day so long ago
even tomorrow, if you see it
though there isn't a sigh either,
like a ship going against the current flow
right now, go forward, move ahead
even if it cuts through the rain and clouds
the wet roads shine
only the dark will teach
a stronger and stronger light
be strong, go forward, more ahead"

^_^
AnnurIzz
publish



Monday, January 27, 2014

Cinta dari langit

"ambil cinta dari langit, dan taburkannya ke bumi"

^_^
hasbunallah wani'mal wakil..
kerdilnya diri berdiri menghadap langit..
atas kebesaran Pencipta..
'aku' manusia biasa yang xmampu menyusun kata menghurai segala yang tersirat yang membawa maksud yang padat..
bicara manusia akan tertafsir dlm kefahaman yang berbeza..
mungkin tidak akan sampai maksud yg sebenar..

makanya..
pada Dia aku mengharap..
bicara dalam kembara sufi..
aku inginkan kebaikan buat mereka..
bukan kerna dendam..
bukan juga kerna pedihnya hati..
tapi kerna aku berpegang dengan janji Illahi..
menyayangi insan di dunia kernaNya maka disyurga pasti ada pertemuan abadi..
dan di sanalah bicara pengadilan

senyum
AnnurIzz
publish


Saturday, January 11, 2014

Saujana Hijau

>saujana hijau, Putrajaya<

salam..
^_^
dah lama xbuka untuk post..
i'm back!!!
mungkin seketika..
tapinya 
moga aura semangat yang dibawa untuk seketika nie membarakan hamasah dalam diri buat insan2 yg tersinggah di sini..
senyum

kat atas bukit nie..
sebuah cerita terlintas difikiran untuk dibentuk dalam penulisan..
cerita yang penah didengar..
tapi saya mencerita berdasarkan apa yang dihadirkan dari hati..
menggunakan bahasa sendiri
jadinya bahasanya jugak..
adalah bahasa hati
^_^

TAJUK : TEMPIAS INTIFADA

Hama ialah sebuah bandar dalam negara Syria yang terletak di sebelah barat kira-kira 210 km dari Damsyik, ibu negara Syria. Bandar ini terletak di tebing Sungai Orontes di tengah-tengah Syria, utara Damsyik . Hama merupakan bandar keempat terbesar di Syria di belakang Aleppo , Damsyik dan Homs.

Kehidupan rakyat di bandar ini ditindas tanpa belaian hak kerakyatan dari seorang pemerintah yang zalim. Hak asasi rakyat dimanipulasikan. Sekolah-sekolah ditutup. Rakyat terbiar terseksa kebuluran. Kezaliman tiada sempadan. Terbunuh dalam kerakusan. Gagahnya pemerintah bertopengkan syaitan.

Hari demi hari, disebalik kekejaman yang dirancang, ada 10 jasad mujahid muda sedang memerhati dan mendengar. Disemat setiap patah bicara umi dan abi. Rutin harian mereka tidak seperti kanak-kanak di negara lain. Semangat belajar mereka tinggi, tapi tiada kalam guru yang berbicara mencurah ilmu. Hanya duduk memeluk kaki di pinggir pagar sekolah menunggu keajaiban terjadi.

"Antum, sejak kita tak boleh pegi sekolah nie, dah lama ana tak menulis.. Rindu nak belajar lah"..bicara rindu mujahid 1.

"a'ah..samalah.. ana pun rindu.. hari-hari datang depan sekolah tengok dinding batu nie..kosong.." mujahid 2 menyambut.

''nak belajar!!!!!!" jerit mujahid 3 sambil menggerakkan tangannya menggores dinding menggunakan batu kapur tanda melepaskan perasaan.

Gelagat ketiga-tiga mujahid diperhati mujahid 4 yang mendiamkan diri. Fikiran berputar. Di analisa setiap kata-kata dan perbuatan sahabatnya. Menulis. Dinding batu yang kosong. Batu kapur. Lama berfikir. Sunyi.

"Antum terfikir tak apa yang ana fikir?"..bicaranya memecah kesunyian. Bergerak mendekati dinding sekolah.. Batu kapur yang dipegang mujahid 3 bertukar tangan. Dilakarnya sesuatu. Ketiga-tiga sahabatnya memerhati sambil mengangkat kening sebelah. Pelik dengan tindakan tersebut.

"Bukankah kita rindu untuk menulis jadi kita tulis apa yang umi dan abi ajar, bukankah terhias dinding ini jika kita melakarkan sesuatu jadi tidak lagi menjadi dinding kosong"..senyum.. Terbangun semua mujahid muda yang berada di situ kerana terkesan dengan tindakan mujahid 4. Lalu bertindak melakar sesuatu di dinding.

Sejak itu, virus menconteng dinding mula berleluasa. Hampir kesemua dinding sekolah menjadi sasaran kanak-kanak bermain. Mereka melakar menggambarkan isi hati yang terpendam. Maka tertulislah slogan-slogan yang selalu diperdengarkan.

"hidup rakyat"
"hancurkan presiden jahat"
"rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Hal ini diketahui oleh Atif Najib, ketua polis Hama yang kejam.
"hah, berani mereka nak menjatuhkan kerajaan!!!"

Ketua polis tersebut berasa gerun. Hanya slogan yang ditulis kanak-kanak biasa menyebabkan otaknya bagaikan terputus saraf kerana perasaan takut mencengkam diri. Tanpa berfikiran siuman, dia mengarahkan tenteranya menangkap kanak-kanak yang menulis di dinding sekolah dengan slogan-slogan yang dikatanya tidak masuk akal itu.

Maka, kanak-kanak itu ditangkap oleh polis-polis yang bersekongkol dengan ketua polis jahat itu. Ditarik. Ditendang. Disepak. Ditumbuk. Diseksa tanpa belas kasihan. Tiada perasaan berperikemanusian. Hilang kewarasan sebagai manusia yang berakal.

"ummmmmiii!!!"
"abiiiiiiiii!!!!!sakit!!!!!"
"uuwaaaa!!!!!!"

Jeritan mereka meyambar hati jasad-jasad yang memerhati. Ibu dan ayah kanak-kanak meraung supaya melepaskan anak-anak mereka. Namun, rayuan tidak dihiraukan. Dibiarkan merintih agar melepaskan kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Namun, dipekakkan telinga, membodohkan diri yang berotak. Dibawanya kanak-kanak itu ke penjara.

Mujahid-mujahid muda itu diseksa dengan teruk. Kuku tangan dan kaki mereka dicabut satu persatu. Dibiarkan kebuluran berhari-hari. Sehingga mujahid-mujahid muda itu mati dalam keadaan terseksa oleh tentera laknatullah itu.

Seorang bapa mujahid muda itu datang menemui ketua polis jahat untuk meminta anaknya dibebaskan.

"wahai tuan, tolonglah kembalikan anak aku. Dia masih kecil lagi. kasihanilah dia."

Rayuan bapa mujahid itu disambut dengan tawa besar yang penuh bongkak.
Jawapan yang dilontarkan hanya memedihkan hati yang mendengar.

"kamu balik sahajalah! Lupakan anak kamu itu. Anggap mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kami isteri-isteri kamu agar kami dapat 'kahwini mereka', lalu kami akan menghasilkan anak baru untuk kamu!! haahaa!!"

Bapa itu mendengar kata-kata yang penuh penghinaan dengan rasa geram. Lalu dengan rasa marah bapa mujahid muda itu berkata dengan lantang..

"celakalah kamu! moga Allah hancurkan kamu dan rejim yang bersama-sama kamu itu!!!!"

Bermula dari peristiwa itu, penduduk di sekitar pekan Hama, seterusnya merebak ke seluruh Syria bangkit menentang pemerintahan yang zalim itu. Tempias kebangkitan ini masih belum berkesudahan.

Syria terus terseksa.
Hamasah mereka terus membara.
Tiada istilah tersungkur sebelum berjaya.
Intifada bermula dan terus mara.

Adakah kita sekadar melihat menitiskan air mata..??

Ayuh!!!!!
Jangan hanya jadi pahlawan papan kekunci di alam maya
tetapi kijang pengecut di alam nyata
berusaha menjadi pahlawan gagah di luar sana
atur langkah.. bina jiwa..
usah biar deria lumpuh tidak berguna
semarakkan hamasah yang ada
asah kebolehan anda
agar menjadi mahasiswa/wi yang bersama
mempertahan dan memperjuangkan agamaNya..

ikhlaskan hati..bentuk peribadi..
jadi hamba sejati..jumpa disyurga Illahi..
biiznillah..
senyum..

11.41am
AnnurIzz
*unit I

Alhamdulillah..
saya berada disisi keluarga saat ini
pulang bercuti
merehatkan semuanya
atas harapan
pulang kembali ke medan dalam keadaan yang sihat..
agar mudah untuk terus bergerak..menggerak..
mohon doa dari kalian
^_^

AnnurIzz
publish