>saujana hijau, Putrajaya<
salam..
^_^
dah lama xbuka untuk post..
i'm back!!!
mungkin seketika..
tapinya
moga aura semangat yang dibawa untuk seketika nie membarakan hamasah dalam diri buat insan2 yg tersinggah di sini..
senyum
kat atas bukit nie..
sebuah cerita terlintas difikiran untuk dibentuk dalam penulisan..
cerita yang penah didengar..
tapi saya mencerita berdasarkan apa yang dihadirkan dari hati..
menggunakan bahasa sendiri
jadinya bahasanya jugak..
adalah bahasa hati
^_^
TAJUK : TEMPIAS INTIFADA
Hama ialah sebuah bandar dalam negara Syria
yang terletak di sebelah barat kira-kira 210 km dari Damsyik, ibu negara Syria.
Bandar ini terletak di tebing Sungai Orontes di tengah-tengah Syria, utara
Damsyik . Hama merupakan bandar keempat terbesar di Syria di belakang Aleppo ,
Damsyik dan Homs.
Kehidupan rakyat di bandar ini ditindas
tanpa belaian hak kerakyatan dari seorang pemerintah yang zalim. Hak asasi
rakyat dimanipulasikan. Sekolah-sekolah ditutup. Rakyat terbiar terseksa
kebuluran. Kezaliman tiada sempadan. Terbunuh dalam kerakusan. Gagahnya
pemerintah bertopengkan syaitan.
Hari demi hari, disebalik kekejaman yang
dirancang, ada 10 jasad mujahid muda sedang memerhati dan mendengar. Disemat
setiap patah bicara umi dan abi. Rutin harian mereka tidak seperti kanak-kanak
di negara lain. Semangat belajar mereka tinggi, tapi tiada kalam guru yang
berbicara mencurah ilmu. Hanya duduk memeluk kaki di pinggir pagar sekolah
menunggu keajaiban terjadi.
"Antum, sejak kita tak boleh pegi
sekolah nie, dah lama ana tak menulis.. Rindu nak belajar lah"..bicara
rindu mujahid 1.
"a'ah..samalah.. ana pun rindu..
hari-hari datang depan sekolah tengok dinding batu nie..kosong.." mujahid
2 menyambut.
''nak belajar!!!!!!" jerit mujahid 3
sambil menggerakkan tangannya menggores dinding menggunakan batu kapur tanda
melepaskan perasaan.
Gelagat ketiga-tiga mujahid diperhati
mujahid 4 yang mendiamkan diri. Fikiran berputar. Di analisa setiap kata-kata
dan perbuatan sahabatnya. Menulis. Dinding
batu yang kosong. Batu kapur. Lama berfikir. Sunyi.
"Antum terfikir tak apa yang ana
fikir?"..bicaranya memecah kesunyian. Bergerak mendekati dinding sekolah..
Batu kapur yang dipegang mujahid 3 bertukar tangan. Dilakarnya sesuatu.
Ketiga-tiga sahabatnya memerhati sambil mengangkat kening sebelah. Pelik dengan
tindakan tersebut.
"Bukankah kita rindu untuk menulis
jadi kita tulis apa yang umi dan abi ajar, bukankah terhias dinding ini jika
kita melakarkan sesuatu jadi tidak lagi menjadi dinding kosong"..senyum..
Terbangun semua mujahid muda yang berada di situ kerana terkesan dengan
tindakan mujahid 4. Lalu bertindak melakar sesuatu di dinding.
Sejak itu, virus menconteng dinding mula
berleluasa. Hampir kesemua dinding sekolah menjadi sasaran kanak-kanak bermain.
Mereka melakar menggambarkan isi hati yang terpendam. Maka tertulislah
slogan-slogan yang selalu diperdengarkan.
"hidup
rakyat"
"hancurkan
presiden jahat"
"rakyat
mahu jatuhkan kerajaan"
Hal ini diketahui oleh Atif Najib, ketua
polis Hama yang kejam.
"hah, berani mereka nak menjatuhkan
kerajaan!!!"
Ketua polis tersebut berasa gerun. Hanya
slogan yang ditulis kanak-kanak biasa menyebabkan otaknya bagaikan terputus
saraf kerana perasaan takut mencengkam diri. Tanpa berfikiran siuman, dia
mengarahkan tenteranya menangkap kanak-kanak yang menulis di dinding sekolah
dengan slogan-slogan yang dikatanya tidak masuk akal itu.
Maka, kanak-kanak itu ditangkap oleh
polis-polis yang bersekongkol dengan ketua polis jahat itu. Ditarik. Ditendang.
Disepak. Ditumbuk. Diseksa tanpa belas kasihan. Tiada perasaan
berperikemanusian. Hilang kewarasan sebagai manusia yang berakal.
"ummmmmiii!!!"
"abiiiiiiiii!!!!!sakit!!!!!"
"uuwaaaa!!!!!!"
Jeritan mereka meyambar hati jasad-jasad
yang memerhati. Ibu dan ayah kanak-kanak meraung supaya melepaskan anak-anak
mereka. Namun, rayuan tidak dihiraukan. Dibiarkan merintih agar melepaskan
kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Namun, dipekakkan telinga, membodohkan diri
yang berotak. Dibawanya kanak-kanak itu ke penjara.
Mujahid-mujahid muda itu diseksa dengan
teruk. Kuku tangan dan kaki mereka dicabut satu persatu. Dibiarkan kebuluran
berhari-hari. Sehingga mujahid-mujahid muda itu mati dalam keadaan terseksa
oleh tentera laknatullah itu.
Seorang bapa mujahid muda itu datang
menemui ketua polis jahat untuk meminta anaknya dibebaskan.
"wahai tuan, tolonglah kembalikan anak
aku. Dia masih kecil lagi. kasihanilah dia."
Rayuan bapa mujahid itu disambut dengan
tawa besar yang penuh bongkak.
Jawapan yang dilontarkan hanya memedihkan
hati yang mendengar.
"kamu balik sahajalah! Lupakan anak
kamu itu. Anggap mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan
kami isteri-isteri kamu agar kami dapat 'kahwini mereka', lalu kami akan
menghasilkan anak baru untuk kamu!! haahaa!!"
Bapa itu mendengar kata-kata yang penuh
penghinaan dengan rasa geram. Lalu dengan rasa marah bapa mujahid muda itu
berkata dengan lantang..
"celakalah kamu! moga Allah hancurkan
kamu dan rejim yang bersama-sama kamu itu!!!!"
Bermula dari peristiwa itu, penduduk di
sekitar pekan Hama, seterusnya merebak ke seluruh Syria bangkit menentang
pemerintahan yang zalim itu. Tempias kebangkitan ini masih belum berkesudahan.
Syria terus terseksa.
Hamasah mereka terus membara.
Tiada istilah tersungkur sebelum berjaya.
Intifada bermula dan terus mara.
Adakah kita sekadar melihat menitiskan air
mata..??
Ayuh!!!!!
Jangan hanya jadi pahlawan papan kekunci di
alam maya
tetapi kijang pengecut di alam nyata
berusaha menjadi pahlawan gagah di luar
sana
atur langkah.. bina jiwa..
usah biar deria lumpuh tidak berguna
semarakkan hamasah yang ada
asah kebolehan anda
agar menjadi mahasiswa/wi yang bersama
mempertahan dan memperjuangkan agamaNya..
ikhlaskan hati..bentuk peribadi..
jadi hamba sejati..jumpa disyurga Illahi..
biiznillah..
senyum..
11.41am
AnnurIzz
*unit I
Alhamdulillah..
saya berada disisi keluarga saat ini
pulang bercuti
merehatkan semuanya
atas harapan
pulang kembali ke medan dalam keadaan yang sihat..
agar mudah untuk terus bergerak..menggerak..
mohon doa dari kalian
^_^
AnnurIzz
publish
No comments:
Post a Comment