Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Hai inche blog.. AnnurIzz dtg untuk menconteng lagi..kali nie agak panjang mungkin.. simpan elok2 ea contengan jalanan nie.. inche blog..maaf ea... sbb xmengisi dgn senpurna.. but one day kamu akan menvirus in the world..dgn contengan yg lebih bergaya mungkin..insya Allah.. (bhahaha..apakah^^„)
Alhamdulillah..now im 12years old..(bhahaha)..typo..21 years old.. dah berumur dah..
Pengembara chenta yang mula menapak.. perjalanan ini.. permulaannya..pengakhirannya.. adalah atas aturanNya..
Pelangi menjadi sasaran..
Saat menapak mendaki puncak tinggi untuk gapai pelangi..
Langkah terhenti seketika.. di curam yang tinggi.. aku kuatkan kaki..berdiri gagah.. nafas panjang.. mencari kekuatan.. lalu aku cuba menoleh kebelakang.. berani..
Sungguh.. dari curam tinggi ini.. aku melihat kembali jejak aku yang lalu.. basah..
Tunduk.. putaran masa lalu bersiaran di minda..
Segala pahit..manis.. bukanlah sesuatu yang kosong.. tp pengisian pengembaraan yang menjadikan aku dewasa.. bahagia.. jika bukan kerna semalam.. aku mungkin tidak dewasa hari ini.. ea.. ini semua tarbiyah jiwa.. mengenalkan diri dengan dunia..
Ea.. mereka.. yang pernah menyusuri perjalanan bersama.. azimat yang kian berkilau menjadi permata syurga..
Sungguh..aku perlukan mereka.. semuanya.. pembakar semangat pengubat duka.. tapi kini.. jauh.. hanya bayangan menjadi sapaan..
Tiada lagi jasad yang melaju depan mata.. yang ada hanya papan kekunci yang berlari riang di alam maya.. namun sekadar mampu melihat dengan mata yang berkaca..
Tiada dayaku untuk semuanya.. lemah.. bagai tak daya lagi melangkah walau selangkah.. kalah ka aku?
Tiada lain yang mampu aku sampaikan pada mereka.. melainkan doa yang berpanjangan.. mendoa dengan penuh pengharapan dan kasih sayang..sungguh.. aku merindui.. sangat..
Basah..
Moga kalian sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.. moga Allah menghadiahkan kalian syurga..
Ea.. aku perlukan pelangi itu.. maka jalannya sumpah jauh untuk mencapai.. dan curam nya seakan semakin curam yang mengerikan.. mampu lagikah untuk aku melangkah??.. Allah..
Basah..
Tiada jalan lain untuk aku pergi..melainkan terus kehadapan.. ea.. kehadapan.. seperti kalian yang kian berkilau.. sempatkah aku untuk mengejar kalian?
Harapan ku tak pernah hilang.. ea.. melihat kalian bahagia..dengan cara kalian.. kerna aku tahu.. semuanya kernaNya..
Maka dicuram inilah.. aku perlu menghembuskan nafas yang sesak ini.. ada lagikah tangan dan semangat yang dapat aku tumpang bersama..
Wahai diri!! Mana semangatmu.. dan mana dirimu!!!!!!!!!
Aku perlu kentalkan jiwa.. semarakkan hamasah.. kukuhkan langkah.. tenangkan hati.. sabar yang tinggi.. pengorbanan yang sejati..
Sungguh..ini bukan mimpi.. aku bukan lagi melangkah ke taman tarbiyah bernama Al-Islah dan bukan juga ke taman indah bernama KUIS.. tapi ke taman luas bernama UIA.. mampu kah aku untuk terus menjadi bunga suci yang mekar mewangi.. dan kemudian.. sampai kah aku ke taman syurga bernama firdausi.. pandang langit tinggi.. indah..
Jauh..
Kerna chenta.. pasti perlukan pengorbanan dan terkorban.. rela dilepaskan yang membahagiakan jiwa.. demi yang terchenta.. demi melihat yang terchenta bahagia dan senang jiwa.. kerna juga aku tak mahu menjadi si penderhaka.. sesak.. ya demi mereka yang ingin melihat aku ada arah yang kukuh.. hanya kerna mereka.. aku rela.. walau tak sehaluan harapan dan impian.. namun aku yakin.. redha mereka itu aku perlu kejar.. bukan dengan mengikut hati yang mahukan kesenangan untuk melaju.. kerna juga mereka sentiasa benar walau pandangan diri tidak selari mereka..
Tapi aku yakin.. merekalah kebenaran.. selagi mereka ada menunjukkan aku arah.. mengapa tidak aku turut.. lepaskan segalanya walau terseksa.. tapi yakinlah.. ia hanya menyakitkan sementara.. kerna kemudiaan pasti kau bahagia.. ea.. merekalah.. mak abah yang aku chenta..
Genggam tangan..rapat..
Allah..
Kuatkan ku..sekuat mereka..
Jarak memisahkan.. namun asbab nya hanya Allah yang mengetahui hikmahnya..
Allah..
Sambutlah diriku.. bantulah aku menyucikan hati ini.. sesak nafas mata panas hati bergelora menahan..
Allah..
Tunjukkanlah aku jalan.. sepi sendirian.. moga cahaya terus menyuluh untuk aku temui pelangi itu.. moga kaki gagah walau berdarah..
Moga mimpi dan impian.. menjadi kenyataan.. walau mimpi itu panjang.. aku akan terus berimpian.. semoga aku mampu untuk menggapai mu wahai pelangi indah.. walau yang lain kata payah.. aku tetap akan berdegil.. kerna aku tahu.. Allah Maha Mengetahui.. Maha Mendengar..
Allah.. aku serahkan hati mereka padaMu.. kerna Allah lah sebenar-benar pemilik.. lindungilah.. tetapkan mereka dalam dakapan chentaMu.. hadiahkan syurga tertinggi buat mereka.. buat mereka.. yang aku rindui.. T_T
Allah.. teguhkan aku..
Persiapkan diriku.. bantu aku membina diri.. sbg anak solehah.. sbg muslimah solehah.. sbg pelajar solehah.. sbg bakal isteri solehah.. sbg bakal ibu solehah.. sbg hamba solehah.. dan sbg bakal jenazah..
Biar perlahan.. asal hati Lillah..
Pinjam bahu.. nak nanges puas-puas..sepuaspuasnyaa..
Penat...
Segalanya hadiah drpd Allah.. make a smile.. inspire others.. jalan.. *credit untuk semua gambr di atas.. pinjam*
Last think 160914
Senyum ^_^
AnnurIzz
Publish