P.R.A.Y
Ya Allah.. sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut PengetahuanMu, daku mohon kepastian dengan kudratMu dan daku memohon dengan KurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan daku tiada kuasa, Dikau Amat Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Dikau Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi! Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan daku padanya. Tetapi jika di dalam PengetahunMu hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah daku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku dengannya. Sesungguhnya Dikau berkuasa di atas segala sesuatu.
Wahai Izzuana!! Sabar.. tahan.. kuat.. yakin.. Allah adalah pengatur yang terbaek!!!
the day
nanges T_T
AnnurIzz
Publish
No comments:
Post a Comment