Kasut
Kau tahu
kasut kau tu sendat sangat
sebab tu tak de orang nak cuba pakai kasut kau
kecik sangat
masuk pun xlepas kau tahu..
bukan setakat nak masuk..
nak cuba pun orang xnak kau tahu..
sebab pelik sangat..
ea aku tahu
sebab tu kasut aku..
bukan kasut kau..
memang la semuanya xkena..
sendat..kecik..pelik..
kadangnya bila dah kotor
aku basuh sendiri
pegang pun kau xsanggup
memang x la kau nk tolong basuh
kadangnya koyak rabak
aku jahit sendiri sebab xcukup duit nak beli lagi
memang xla kau nak tolong beli
sebab lebih baik kau simpan duit beli kasut sendiri
kadangnya hujan
basah lencun kasut aku
sebab tapak kasut aku dah rosak teruk
menggigil aku dalam kelas sebab sejuk sangat
memang xla kau nak kisah
tak berkait dengan hidup mati kau pun
dan
hakikatnya
kasut tu aku punya
bukan kau yang punya
kau sikit pun tak rugi kalau tak tolong aku
sama jugak dalam setiap jejak-jejak hidup
bukan semua orang nak bersama kau bila kau mintak tolong
bukan semua orang nak support kau bila kau susah
bukan semua orang nak tolong bagi kau semangat
kadang tu memang xdak orang pun
kau redah sendiri ja
kadang tu jgak..
kau rasa life ni memang xdak orang nak support kau pun..
Sebab..
For what orang nk support kau?
Haybat sgt ka kau?
Besar sgt ka cita-cita kau?
Kau ada matlamat hidup ka?
bagus sgt ka kau?
N paling besar soalannya..
Kau sapa untuk disupport?
kau sapa?
Kadang tu jgk..
Orang siap gelakkan kau lgi
Orang perlekehkan kau
Sebab apa yang kau buat
Orang pandang rendah
orang xpercaya kau boleh buat
orang nak bagi kau keje pun takut
sebab takut kerja orang rosak sebab kau
hahahahahaa...
ok.. dah
buang masa air mata kau jatuh
kadang aku jatuh
adakala aku buntu
tapi aku terus melangkah jauh
aku bukan boneka hidup
dipermain indah dalam hidup
yeah
bukan senang orang tetiba nak letakkan diri dye dalam hidup kita
melainkan ada pulangan untuk diri
manusia tu memang cepat meletakkan harapan
even mulut dan diri dye cakap 'tak'
lebih-lebih pada orang yang betul2 dia percaya
hahahaaa..
aah..tu aku ja.. bukan kau..
sampaikan
kadang2 aku mintak Allah ambik balik semua rasa
tapi Allah keep giving
sebab aku tahu
Allah ada macam2 cara
untuk berbicara dengan hambaNya
sampai aku kadang dah xboleh nak move on
satu hal yang aku makin belajar
segalanya pada Allah ja
pada manusia
kau sapa?
hahaha
entah..
ea aku tahu
orang yang di katakan haybat
mampu bertarung sendirian
boleh bangun walau jatuh
ada pegangan matlamat yang jelas
tapi
hakikatnya
setiap 'orang' itu namanya manusia
bukan namanya malaikat
dan apanya kaitan kasut dengan hidup
sanggupnya dia berjalan dengan sendatnya kasut kau
dan sanggupnya kau berjalan dengan longgarnya kasut dia
satu kelebihan dan kesanggupan yang tak semua orang boleh buat..
hanya orang yang berani
hanya orang yang betul katanya cinta kerna Illahi
hanya orang yang betul menyayangi dari hati
hanya orang yang nak bersama kau ke syurga Illahi
sanggup lalui
so
aku nak cuba pakai kasut longgar kau..
kau nak tak cuba kasut sendat aku?
hahahaa..
keep the answer
sebab terlalu banyak hal dunia penuhi hati
itu juga jawapan kenapa kau rasa kosong
dan kenapa Allah menguji dihadirkan manusia bermacam-macam muka
sebab nak tau belajar sesuatu yang kau tak pernah terpikir sebelumnya
dan
kenapa aku masih mampu berdiri dan bertahan
walau kadang dari gaung nk terjun xjumpa2
sebab aku masih ada dua senjata
doa mak
dan
doa abah
dan
kenapa aku terus mencuba
jawapannya sama
sebab aku masih ada mak abah
ea..
mengenal manusia itu indah
tapi
cerita yang dilakar di antara manusia itu
di antara realiti atau fantasi
di antara indah atau ngeri
dan
penawarnya hanya pada Allah..
Dan bila tiba masanya
Pasti ia menjadi milik engkau
Bersabarlah
271115
NUR
No comments:
Post a Comment