Saturday, November 22, 2014

pAsti kembAli


Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Jangan kau bersedih hati
Aku sekadar mendiamkan diri
Cuba menghidupkan hati yang mati
menjauh dari dunia yang digeruni
Meletakkan yang bahagia jauh dari sanubari

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Percayalah dengan pasti
Aku masih menunggu kamu datang menemani
Dalam dakapan redha dan cinta Illahi
Aku setia menanti pada sesuatu yang tak pasti
Kerna aku yakin dengan janji Illahi
Lalu aku serahkan saja pada yang memiliki
Moga bahagia sentiasa mendekati
Buatmu insan anugerah Illahi
Berkembaralah dengan hati yang suci
Moga syurga tempat kembali yang abadi

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Jangan kau bersedih hati
Kerna kau tak pernah luput dari memori
Bukan kerna benci merajai
Cuma aku perlu pergi sementara membawa diri
Cuba mencari chenta utama Illahi
Tiada lagi update dari sesawang teknologi
Kerna aku takut virus menikam tanpa henti
Moga doa terus mengikat janji

Sungguh
Andai satu hari
Aku menghilang lagi
Bukan bermakna aku kuat meniti hari
Bukan bermakna aku membiar engkau sendiri
Cuma aku cuba meletakkan Allah yang hakiki
Mengharap kau sentiasa dalam redha illahi
Aku cuba letakkan Allah dihati paling tinggi
Sungguh
Aku merasakan payah dan parah sekali
Walau dah berkali aku cuba mengubah hati
Namun makin menebal keyakinan hati
Tak pernah menipis harapan menanti
Suratan Illahi tetap perlu bersedia dihadapi
Kerna infiru itu perlu pencinta yang sejati

Fi hifzillah
Andai ditakdirkan berjalan beriringan
Moga itu kebahagian untukmu insan
Moga bertemu dalam hati yang suci
Redha dan ikhlas perlu aku gali
Agar aku mampu hadapi apa yang menanti

Aku yakin dan pasti
Kau lebih kuat dari diriku ini
Bangkit dan jatuhmu sendiri
Namun masih teguh menginspirasi

Allah.. berilah jalan dan kekuatan
Sungguh aku makin melemah dibelasah duniawi
Berlari mencari kasih abadi
Infiru ilallah

Mencari pelangi pada langit gelap di malam hari
Indahnya bulan menyinari bintang memujuk hati sepi

"Buntu"
"Ikhlaslah"
"Redhalah"

Jatuh dan bangun itu sudah berkali-kali
Moganya tak terhenti dengan illusi sendiri
DengankuasaMu.. aku terus berdiri dan meniti
Kerna terlalu menerjah emosi
Aku kembalikan pada Illahi

Buat yang menanti hari ke hari kemunculan diri
(Hehe.. a sampai z ayat pujuk diri.. moga menjadi pemujuk yg menanti jgk.. haha..'menanti'..mungkin ada)

Jom lari bersama
Raih taqwa yang utama
Cuba kejar akhirat dengan setia
Dunia pasti ikut bersama
Moga bertemu disyurga sana

Dear Izzuana
Sila hargai 4 tahun yang bakal kau susuri
Telan segala pahit dalam membesarkan diri
Lepaskanlah segalanya pergi seikhlas hati
Jangan pernah putus harapan pada Illahi
Segalanya hanya tarbiyah menguji keimanan hati
Bukankah Allah telah menetapkan janji
Selepas kesusahan pasti ada kesenangan yang menanti
Berdoa dan bersabarlah tanpa henti
Senyumlah bagai mawar menghiasi taman firdausi
Capai matlamat menuju chenta Illahi
Sila besarkan jiwa dalam ada jua ujian menanti
Setiap kali jatuh itu carilah nafas baru untuk bangun kembali
Jangan biar hati tersungkur mati

Orang lain pakat laju meredah samudera
Tapi kau! Xkan nak biar mendera jiwa?!!
(Angkat kening sebelah)

Dihujungnya..
PASTI AKAN KEMBALI

::InsyaAllah::
Lari selajunya
Izz
Senyum ^_^
Sincerely
AnnurIzz
Publish

No comments:

Post a Comment