Wednesday, December 30, 2015

dec2015


DEC 2015

kiraan pada angka tak pernah berkurang
bertambah dan makin bertambah
berubahnnya angka pada tahun
berubah juga angka pada umur
lalu mendekatkan kita pada hal2 dalam aturan Allah

"di antara takdir dan doa.. doa itu punya kuasa lebih hebat.. selagi masih ada ruang dan peluang untuk berdoa.. berdoalah agar takdir itu bisa menjadi yang lebih baik.."
"tak akan berubah nasib seseorang itu melainkan ia berusaha ke arahya.."

yeah...
sepanjang tahun 2015..
untuk dihitung segala hikmah dan rezeki yang Allah kurniakan..
tak akan dapat dihutung satu persatu..
malah tak akan terhitung banyaknya..
"dan di anatara nikmatKu mana lagi yang kamu mahu dustakan?"
sungguh..
dengan mata hati 
kau bisa tahu
setiap satu yang diizinkan Allah untuk dijadikan perjalanan hidup kita
adalah satu nikmat yang bermakna
walau kadang ia bukan apa yang dipinta
walau kadang ia bukan apa yang difikirkan
walau kadang kau rasa perjalanan hidup manusia lain lebih indah dari apa yang kau punya..
sedangkan untuk kau itu adalah apa yang kau perlukannya

alhamdulillah
sepanjang 2015
ramai sahabat aku dah jadi isteri orang
huhu
seriously
yang rapat dengan aku semua dah kahwin
yang aku tahu perit hidupnya
yang aku tahu kisah hidupnya
yang aku tahu luka-luka perjalanannya
ia...
sebelumnya masa itu untuk kau rasai derita
tapi hari ini kalian dihadiahkan rasa bahagia yang telah dijanjikan pada hambaNya
"selepas kesusahan pasti ada kesenangan"
im really happy for all of you..
but soryy xdapat datang untuk satu walimah pun..
ok.. (jgn nanges)
so
on that kind..
haha.. aku belajar untuk bukukan setiap cerita perjalanan aku dalam kotak hati satu persatu
tiada lagi sharing story
tiada lagi nasihat hati
tiada lagi hacker nakal2..(haha)
bukan sebab dah breakdown relationship friends tu..
cuma untuk lebih respect pada pasangan yang sedang berbahagia..
ehh.. i means dia dah ada tempat untuk lebih rasa dilindungi dan disayangi..
sebab tu jugak aku banyak mengadu hal dengan Allah ja
dan itulah yang lebih kekal selamanya
tak akan pernah pergi..
mabrook you alls..
tapi mohon mai melawat aku kat uia weh..
buah tangan jangan lupa..
and mohon tambah anak banyak2 cepat..
krik krik

"ko bila lagi Nur?"
soalan yang jawapannya kadang2 aku rasa nak record and then tekan butang play bila setiap kali ditanya..
rasanya umur aku belum cukup tua lagi..
erm..
entah.. soalan yang aku rasa malu dan xmampu untuk aku jawab..
huhu..
cumanya.. the first word is
"InsyaAllah.."
"Doakan.."
aah.. aku tahu indah cinta manusia
apa yang aku sematkan
dalam lamunan kadang aku yakinkan
dialah teman kebahagiaan 
namun cukup dulu aku simpan nama dan dirinya dalam doa panjang
kerna aku hamba hina yang ingin memiliki ciptaan sempurnaNya
pernah ada harapan
lalu aku padam dan sandarkannya pada Pencipta
kerna segalanya milik Dia
andai memang detik waktu itu milik aku dan dia (ehh..)
Allah akan kumpulkan dua cinta manusia yang saling mengasihi 
untuk terus melaju memburu cintaNya
buat masa sekarang
peluang untuk terus memperbaiki diri untuk jadi individu muslim yang legend..
masih diberi peluang terbang bebas mengenal duri dan kaca dunia
masih diberi peluang merasai perjalanan sendirian
dan yang paling best..
dia masih meletakkan aku dibawah jagaan Tuhan lalu membiarkan aku mengenal indahnya CintaNya
saat tiba masa aku dijemput menjadi bidadarinya..
aku akan khabarkan dengan lebih panjang dan penuh madah
kerna dipilih dan memilih bersama itu bukan untuk sehari dua
dipilih dan memilih untuk menyatukan dua keluarga itu bukan untuk sehari dua
dipilih dan memilih menyangi keluarga mertua bukan untuk sehari dua
tapi untuk selamanya
sampai syurga
dan yang pasti jalan dakwahnya yang utama..
kalau nak dicerita dan kongsikankan
banyak lagi..
tapi cukup sekadar di atas..
takut nanti ada yang salah faham..
aku yakin ada 
dan dalam hati jangan lupa 
Allah
serahkan segala urusan pada Allah
lalu kau berusaha ke arah urusan tersebut..
satu hal yang aku xlupa
"Kesabaran akan menjadi bunga"
ok..
noktah..

so!!!
the main point aku sebenarnya adalah!!!
bhahaha..
punya panjang..baru masuk main point ea..
kengkawan aku pakat dapat suami..
aku pun dapat jugak!!
tapi aku dapat terbit buku sendiri!!!!!
eh..silap..zine je la tapi..


kau ada?..erk ..krik krik
actually..
this is one of my target for this year..
so klau dalam list target tu ada dah boleh potong and letak smiley besaq2..
Alhamdulillah
saat2 akhir bulan december
dengan izin Allah
terlahir zine Jejak
dan kenapa namanya Jejak
sebab mula2 nak letak nama Jejaka tapi mcam annoying
bhahaha..xlah ..melawak ja..
sebab nama Jejak..
segala isi kat dalam tu adalah penulisan aku time zaman sekolah campur time kat kuis dan campur sikit awal sem meroyan kat uia..
eh bukan meroyan.. tapi sem membina tapak di UIA..huhu
dan bila dah terkeluar satu zine
aku perlu keluarkan yang kedua ketiga keempat dan seterusnya
so sebelum zine pertama nie aku dah cakapkan kat diri

"kau kena bersedia weh!!"

bersedia untuk dikritik.. bersedia untuk dipandang atas bawah
bersedia untuk dinilai luar dalam (akhlak)
bersedia untuk share media sosial (blog aku je masih private lgi..hoho)
bersedia untuk dipanggil bgi talk..(ehh..haha)
bersedia untuk di segala-galanya..
for sure 
aku baru menapak dan terjunkan diri dalam dunia yang mungkin masih baru bagi aku
dalam dunia orang2 yang aku xkenal
tapi satu je
"kalau aku tak redah aku tak akan belajar pa2..sampai bilapun aku tak akan move on.. stay on forever.."
kekurangan tu pelengkapnya adalah ilmu dan pengalaman..
bukan tunggu tertanya2 kenapa tak datang2..
tak de benda yang datang macam silap mata
klau kau sendiri tak mulakan

"akak mcm mn jualan buku.. ramai beli x?"
"mak bukan buku la..zine ja"

hehe..
soalan mak aku yang sweet..
alhamdulillah sudah cukup yang tergerak hati untuk membaca..
sebab aku bukan penulis yang berkarya di atas papan kekunci
facebook
insta (tu pun share delete berkali2 sebab rasa mcm xcomel..huhu)
twitter (twitter pun xdak weh)
blog (x dipublickan)
jadinya orang was-was nak cuba baca
tapi di awal sebelum diterbitkan zine Jejak
aku dah cakap
andai apa yang tertulis itu dapat menarik manusia yang jatuh kembali bangun
manusia yang lemah kembali kuat
manusia yang terluka kembali sembuh
manusia yang tak tahu punca hidup dapat cipta tujuan hidup
maka Ya Allah
Kau permudahkanlah proses penerbitan dan proses jualan..
cukup itu..
aku dah ada pembaca dari arah yang aku tak kenal
siapa pun aku tak tahu
cuma aku harap ia membantu walau satu perkataan
im someone that try to be the best and want sharing it with others..
"ok la tu akak.. baru nak belajar pakai kasut"
"hehe..aah mak..doakan untuk next zine..eh tak..buku plak kut"
dan sejujurnya
semua untung dari hasil jualan zine aku
aku bagi kat mak abah..
serious xbyk..tapi aku rasa berbaloi..
sebab dah dpt bagi duit kat mak abah..
"mak..xbanyak pun..mak share dengan abah tau.."
hahaha...aah..aku suruh share.. untuk permulaan..
yeah.. that also one of my target for this year..
bg income kat mak abah..
and Allah give me that chance..

"kenapa Annur Izz?"
sebab tu nama yang aku teringin waktu sekolah dulu..
haha..suruh nak tukaq nama letak NurIzz ja..buang 'uana'..
tapi dah besaq.. xboleh tukaq dah..
bhahaha..xlah.. tipu ja..
sebab suka nama Annur Izz tu..
tu nama first sejak wujud blog Annur Izz nie..
itu nama pena yang aku guna pengganti nama sweet aku..
dan kenapa 'NUR'?
haha..
ni pun tak tahu datang mana..
sesedar aku..
untuk sem nie di UIA
aku banyak join program luar yang tak dak kaitan dengan UIA..
(dan ni antara sebab aku terjebak dengan main board QYC.. haha..sebab mungkin kak naqibah aku risau kut.. nakal lebih..ehh )
so sebab tu jadi nama 'NUR'..
dan nama NUR pengganti aku didaerah luar UIA..haha
and with this name..rasa dekat jugak dengan orang-orang luar..
dan untuk pembaca media sosial jugak aku letakkan diri sebagai NUR..
tetiba rasa ayu sangat plak guna 'NUR'..
but its better..
because 'WANA' bukan nama aku actually..haha
tapi aku senang jugak dengan nama WANA..
dan wana xde maksud pun..
tapi sudah sebati bagi sahabat sekeliling yang mengenali..
dan tu jugak antara sebab kenapa NUR..
NUR tu kan cahaya..
(pejam mata)..
so..
its up untuk individu nak panggil apa..
semua aku ok ja..
asalkan kau panggil aku dengan nama yang sesuai dan penuh makna..

yup..
untuk dikongsi semua mmg akan bertambah panjang post..
sebab nikmat Allah kat atas dunia ni serious banyak..
cuma kadang2 manusia tutup mata nanges tak berlagu
mengharap sesuatu
tanpa usaha walau satu
of course kau xboleh berjaya macam dia
sebab kau bukan dia
kau adalah diri kau
kau perlu berdiri atas kaki sendiri
kemampuan kau tak sama macam dia
kau bisa berjaya dengan apa yang kau bisa (berbisa plak)
dan rezeki untuk manusia tu berbeza-beza..
Allah tu Maha Adil
kau dapat apa yang orang lain xdapat
dan kau xdapat apa yang orang lain dapat..
cuma satu
pulangkan rasa syukur pada Allah..

kau masih ada masa untuk meletakkan impian dan angan2
setiap impian tu permulaannya angan2
dan angan2 perlu diciptakan dengan tindakan baru berhasil memiliki impian
so
tahun 2016 bakal membuka tirai
moga perancangan kita untuk tahun depan lebih rapi dan teratur dari tahun ini..
sesungguhnya kita merancang Allah juga merancang..
jangan pernah putus asa untuk terus mencuba walau kadang kau gagal untuk percubaan pertama
banyak lagi cara yang ada untuk atasi segala halangan yang ada
InsyaAllah yang belum ada plan untuk tahun depan
masih sempat lagi untuk plan
dan pernah terlambat pun
yang lambat tu bila xpernah sedar untuk merancang
untuk aku
tahun nie aku dah ada balik buku planner
last buku planner aku time form5
pastu planner aku semua dalam buku nota ja
tahun 2016 bru ada buku planner balik
serious cantik giler
itu pun akak naqibah bagi


hadiah naik jadi main board QYC
(QYC xsempat citer tahun ni..tunggu tahun depan.. citer seram lawak haha)
klau tak memang aku xbeli buku planner pun
mula2 rasa xnak guna sebb mmg cantik sgt and rasa xsesuai untuk jadi buku planner..
tapi disebabkan tu buku planner aku guna jugak
by the way..
xperlu pun buku yang bertajuk 'planner'
asalkan kau ada tulis 'planner' untuk 2016 kau..
InsyaAllah..
nantikan suprise aku tahun depan..
doakan aku senang dapat tajuk buku.. hoho

dan untuk last..
aku mohon maaf untuk segala kekhilafan aku yang aku tak sedar
boleh je nak terus terang dengan aku apa salah aku yang aku tak sedar
sampai ada yang sakit hati xboleh nak move on (klau ada)
mohon maaf jugak segala budi yang aku tak membalas dengan baik tapi moga Allah menganjari setiap satu dengan pahala yang membawa kau ke syurga
mohon maaf segala hak yang tak terlaksana..ajari aku.. bukan menghukum..

dan kerna Tuhan aku,..
aku juga memaafkan kalian..
(jap nak check ada ka x yg aku xmaafkan.. haha..)
InsyaAllah..
semua org yang hadir dalam hidup aku adalah guru aku
mana mungkin seorg anak didik ada marah dan rajuk pada seorg guru dalam masa yang panjang..
^_^

dan
terima kasih untuk mak abah yang xpernah henti2 push dari hujung talian..ehh..haha
terima kasih doa mak abah yang buat akak bertahan
terima kasih insan yang sentiasa support 
terima ksih untuk insan yang sentiasa mendoakan dalam diam
terima kasih untuk insan yang masih boleh terima kekurangan aku
terima kasih untuk insan yang masih bertahan dengan aku
terima kasih untuk insan yang bantu memberi ruang untuk aku move on
terima kasih untuk insan yang bagi motivasi dan brain wash aku
terima kasih untuk insan yang masih menunggu aku..ehh
terima kasih untuk sabahat yang sudi tolong aku senang susah
terima kasih untuk yang block fb aku.. (haha..serious aku pelik..tapi tak kisah pun..ok je)
terima kasih buat roomate yang banyak bantu bila aku susah sakit
terima kasih untuk lecturer aku yang ajar aku jadi sado..
(huhu.. sem nie lecturer aku orang je perempuan.. lagi 5 kebapaannya terserlah.. hari first proposal dah kena reject teruk..huhu..but semua lecturer kenal aku sem ni..haha.. ok.. antara anak murid nakal or baik?ko xpyh fikir..haha)
terima kasih jugak untuk pelanggan2 yang menjadi pembeli shawl aku, tudung aku, flower brooch dan zine aku tahun nie..tahun depan beli lagi..eh..haha
(aah.. aku jual shawl dgn tudung.. buat sendiri.. then jual.. sekadar underground..haha..sebab aku buat shawl..tapi tak reti pakai shawl,,kakak aku yang jadi model untuk shawl aku..so thats why xpromote public..sebab nanti orang cakap.. "ko jual, tapi ko pun xpakai.."..haha..orang pun was-was nak beli.. xharam pun pakai shawl.. setengah orang..eh..bukan orang..umum sgt..setengah perempuan lebih selesa pkai shawl.. setengah lgi suka pkai tudung biasa ja.. asalkan kedua-duanya tutup aurat kau..terpulang..)
Terima kasih abg hafiz dgn kak Eja dan seluruh penggerak legasioakheart atas usaha keras untuk penerbitan Jejak..
terima kasih untuk semuanya yang aku xdapat nak specifickan lagi kat atas..
banyak sangat..
dan
seperlu pertama-tamanya
Alhamdulillah Ya Allah
atas segalanya
moga terus dipermudahkan bagiku segala kesulitan
dan untuk kamu juga..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaimu
amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu..
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai 
daripada diriku dan keluargaku 
serta air yang sejuk."

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya akan diberikannya kelapangan (jln keluar).
dan diberikannya rezeki tidak disangka-sangka.
dan maka cukupkannya (keperluannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendaknya.
Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah."

dan
sampai hari ini
aku pun xpasti 
macam mn aku boleh move on..
moga terus mencipta perjalanan hidup yang lebih baik..

InsyaAllah..
post nie penutup untuk tahun ni..
tunggu tahun depan plak..
haha
segala yang baik dari Allah
yang buruk disandarkan pada aku sebagai bukti lemahnya manusia..
segala bicara di atas..
aku selitkan
insyaAllah..
MasyaAllah..
Alhamdulillah..
Innalillah..

Fi hifzillah..
Infiruu Khifafan Watsiqaalaa..
selamat mencipta jejak seterusnya..
with your goal and target mission year 2016

30122015
#dec2015
NUR

Saturday, December 26, 2015

jAlAn ini


Jalan ini

Hari-hari yang masih memberi waktu
Sebelum tiba saat penamat segala usaha

"Nur.. ko ada kat bilik x?sunyi sepi ja"
Diam..
"Nur..."
Diam..
"Nur!!"
Ke bilik Nur..
"yaa.. awat?"
"Ko buat apa.. tiga kali aku panggil kut"
"Ok la tu..afdhol 3 kali.. baru la aku sahut.. bhaha.. sory.. terlelap td"
"Dah y ko baring kat bawah tu knp?"
"Syok.."
Jawapan malas layan..
"Ni aku nk tanya soalan"
tunjuk nota..
diterang segala y perlu diterangkan..
Tetiba..
"Nur!"
"Eh..knp? Ko xfhm ka?"
"Fhm.. tapi asal tangan kau panas sangat!..ko demam ka?"
pantas tangan Ina memegang dahi Nur..
"Weh.. giler panas!"
"Sikit ja ni.. aku dah telan ubat td.."
"Sikit ko cakap.. jom g klinik"
"Xmau aku.. xlarat nak jalan"
Ina membebel comel..
Tetiba butir air mata mngalir
"Weh.. dah knp ko nanges?aku ada salah ckp ka.. sory weh"
"Aku xboleh rehat.. byk lagi aku xstudy.. salah aku jgk.. sbb xfocus dalam kelas.. serious aku xlarat.. aku gagah jgk baca.. sbb setiap kali aku terbaring aku nampak muka mak abah aku.. aku tak nak ulang subjek ni.. "
Berderai air mata meluah rasa..
"Aku kena usaha lebih.. aku kena dpt result elok.. aku nak jadi contoh untuk adik2 aku.. aku xpandai.. tapi aku cuba untuk usaha yang terbaik.. aku xnak org tgk aku mcm org bodoh.. knp Allah uji aku sakit time ni?Allah xsayang aku ka?..."
xsempat Nur meluah panjang.. penampar lekat sebijik.. 
"Ko dah kenapa.. meroyan ka.. fikir dulu seblum cakap.. sebab Allah sayang la ko kena uji..baru ko igat Allah.."
Tangis mengisi ruang..
"Dah.. ko rehat la jap.. t aku gerak.. insyaAllah sempat ja nak study.. dua hri lagi kut nak exam..pelik la ko ni.Ko xboleh mcm ni.. nnt bertambah teruk lgi teruk ko xdpt study.. ko dah makan blum"
"dah.. eh.. blum la.."
"Ko nak makan apa? Aku nk tlg belikan"
"teringin nak makan nasi putih dgn sup"
"Aah.. mmg makanan org sakit pun"
Nur tersenyum melihat Ina..
"Pelik la ko ni..td menangis.. ni ko tersengeh tu dah kenapa?"
"Sayang jgk ko kat aku kan?"
"Giler xsayang.. 4 tahun kut aku nak kena menghadap muka ko.."
"hahaha.."
Ina bangun.. 
"Ina.. xnak la.. nak sup ja"
"Ok"
Bukak pintu..
"Ina.. xpa lah.. ko beli ja la apa y senang"..
"Ok"
"Ina"
"Ish.. ko jangan ckp xnak makan plak.. "
"Xlah.. nak cakap thanks.. risau jgk ko kat aku.."
"Aah.. xlah.. aku risau xde org gerak aku solat subuh pagi esk..hahha.."
"Bhahahahaa..senget"
............

Exam bukan Tuhan
siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan dilapangkan dan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka..
Kau usaha..tapi jangan lupa tawakal pada Allah.. 
Sehaybat mana pun kau study..
Tapi kau tak serahkan diri kau kat Allah..
Kau rugi..
Gagal.. berjaya..
Dua simpang berbeza tapi ujian yang menduga..
Selagi ada waktu dan ruang
Kau usaha lah..
Ea..
Allah sangat sayangkan hambaNya..

Dalam telatah manusia sekeliling
Kadang ko nampak dye keras orgnya
Tapi kau perlu tahu
Dalam dirinya juga ada hati bersifat insani..
Dye xtunjuk dia care pasal kau..
Tapi hakikatnya
Ada ikatan kasih dan sayang yang terikat
Tapi kadang ego manusia yang menghalang
Dan
Xbermaksud yang mendiam tanpa mencari dan menanyakan khabar ko x endah pasal kau
Kerna Tuhan
Dia diamkan..
Dia simpan dan sematkan kau dalam doa pada Allah
Dia minta dgn sungguh
Dia serahkan kau pada Allah
Dan kadang air mata dye mengalir time mengadu kat Allah mintak Allah jaga kau
Malah
Kadang dye lebih terseksa dari kau dalam menahan rasa

xperlu cepat melatah
jalani hari dgn amal yang membuahkan iman
hidup ni satu persinggahan
Dan persinggahan ni sekali dan seketika ja
Jangan terlalu takut dgn hal dunia
Redah ja..
Tapi takutlah saat kau tertinggal dgn hal akhirat
Berwaspada..

Syafakallah/syafakillah
Bitaufiq wannajah..
Allahumma najjah fil imthihan fiddunya wal akhirah..
Semoga Allah memudahkan segala kesulitan..

Selamat berjuang sehingga kembali bernafas di syurga..

261215
Nur

Friday, December 25, 2015

wAktu


Ada detik
Aku ingin berhenti mencuba

Ada detik
Aku ingin biarkan ia berlalu tanpa cerita

Aku mahu duduk
Lihat ke tanah
Badan membongkok
Biar air mata meluah

Pinjamkan bahu
Aku ingin menangis
Aku mahu kau lembut memujuk
Aku tahu
Itu hanya illusi sepi 

#dibataswaktu

251215
NUR

Monday, December 7, 2015

cAtuR

Chess kat bilik kaunseling
Tempat 'lepak' sebelum panjat bukit ke kelas kat KICT..

Catur

Di atas papan catur
Tak mungkin akan ada pemenang andai tiada yang mulakan serangan
Dan tak mungkin jugak si pemain dpt mengawal pergerakan permainan andai tiada strategi dalam tindakan..
Salah dalam menggerakkan 
Pasti tentera dirampas pihak lawan
Tapi 
Tak mustahil untuk menang andai permulaannya hambar seakan bakal menemui kekalahan..
Semuanya bermula dengan pemain catur tersebut..

Lalu kau dan aku juga pemain catur
Pemain catur kehidupan
Kau tak melangkah
Mana mungkin kau bisa terima hasil
Kau tak berusaha
Mana mungkin kau temui apa yang kau inginkan
Pada aku
Kau bisa punya apa yang ingin kau miliki
Dengan segala cubaan dan usaha yang kau teguhkan
Tapi bila mana cubaan dan usaha tak kau keraskan 
Itu bukan apa yang ingin kau punya
Sebabnya daya kau ke arahnya pudar dari rasa sebelumnya..
Jatuh bangun 
Kau yang putuskan di antara dua
Untuk terus jatuh 
Atau kembali bangun

Sampai bila kau menunggu 
Mengharap ada tangan menghulur
Jangan biar diri terus mengikat kata janji
Takut nanti
Kau tak mampu berdiri sendiri
Saat yang lain angkat kaki melangkah pergi
Menuju cita yang makin jelas diimpi
Tapi kau masih di situ lagi
Buntu menikam diri sendiri

Biar manusia kata kau bodoh
Biar manusia pandang kau hina
Biar manusia sangka kau tak punya apa
Biar manusia rasa kau xbisa berjaya
Tapi jangan biar selamanya 
Kau perlu bangkit dengan satu jalan cerita
Kau ambil masa ubah setiap sudut yang ada
Sampai saat telah sampai dipuncak waktunya
Baru manusia-manusia yang dulu penah menghina n menjangka
Tergamam dengan apa yang kau cipta..

Kaulah pemenang pemain catur kehidupan menuju syurga..

Anyway..
Sapa nak main chess tapi tak de orang nak main skali bleh ajak AnnurIzz.. (muka excited).. sbbnya xsemua org suka or nak main chess..



Thursday, November 26, 2015

kAsut


Kasut

Kau tahu
kasut kau tu sendat sangat
sebab tu tak de orang nak cuba pakai kasut kau
kecik sangat
masuk pun xlepas kau tahu..
bukan setakat nak masuk..
nak cuba pun orang xnak kau tahu..
sebab pelik sangat..

ea aku tahu
sebab tu kasut aku..
bukan kasut kau..
memang la semuanya xkena..
sendat..kecik..pelik..
kadangnya bila dah kotor
aku basuh sendiri
pegang pun kau xsanggup
memang x la kau nk tolong basuh
kadangnya koyak rabak
aku jahit sendiri sebab xcukup duit nak beli lagi
memang xla kau nak tolong beli
sebab lebih baik kau simpan duit beli kasut sendiri
kadangnya hujan
basah lencun kasut aku
sebab tapak kasut aku dah rosak teruk
menggigil aku dalam kelas sebab sejuk sangat
memang xla kau nak kisah
tak berkait dengan hidup mati kau pun
dan 
hakikatnya
kasut tu aku punya
bukan kau yang punya
kau sikit pun tak rugi kalau tak tolong aku

sama jugak dalam setiap jejak-jejak hidup
bukan semua orang nak bersama kau bila kau mintak tolong
bukan semua orang nak support kau bila kau susah
bukan semua orang nak tolong bagi kau semangat
kadang tu memang xdak orang pun
kau redah sendiri ja
kadang tu jgak..
kau rasa life ni memang xdak orang nak support kau pun..
Sebab..
For what orang nk support kau?
Haybat sgt ka kau?
Besar sgt ka cita-cita kau?
Kau ada matlamat hidup ka?
bagus sgt ka kau?
 N paling besar soalannya..
Kau sapa untuk disupport?
kau sapa?

Kadang tu jgk..
Orang siap gelakkan kau lgi
Orang perlekehkan kau
Sebab apa yang kau buat
Orang pandang rendah
orang xpercaya kau boleh buat
orang nak bagi kau keje pun takut
sebab takut kerja orang rosak sebab kau
hahahahahaa...
ok.. dah
buang masa air mata kau jatuh

kadang aku jatuh
adakala aku buntu
tapi aku terus melangkah jauh
aku bukan boneka hidup
dipermain indah dalam hidup

yeah
bukan senang orang tetiba nak letakkan diri dye dalam hidup kita
melainkan ada pulangan untuk diri
manusia tu memang cepat meletakkan harapan
even mulut dan diri dye cakap 'tak'
lebih-lebih pada orang yang betul2 dia percaya
hahahaaa..
aah..tu aku ja.. bukan kau..
sampaikan 
kadang2 aku mintak Allah ambik balik semua rasa
tapi Allah keep giving
sebab aku tahu
Allah ada macam2 cara 
untuk berbicara dengan hambaNya
sampai aku kadang dah xboleh nak move on

satu hal yang aku makin belajar
segalanya pada Allah ja
pada manusia
kau sapa?
hahaha
entah..
ea aku tahu
orang yang di katakan haybat
mampu bertarung sendirian
boleh bangun walau jatuh
ada pegangan matlamat yang jelas
tapi
hakikatnya
setiap 'orang' itu namanya manusia
bukan namanya malaikat

dan apanya kaitan kasut dengan hidup
sanggupnya dia berjalan dengan sendatnya kasut kau
dan sanggupnya kau berjalan dengan longgarnya kasut dia
satu kelebihan dan kesanggupan yang tak semua orang boleh buat..
hanya orang yang berani
hanya orang yang betul katanya cinta kerna Illahi
hanya orang yang betul menyayangi dari hati
hanya orang yang nak bersama kau ke syurga Illahi
sanggup lalui
so
aku nak cuba pakai kasut longgar kau..
kau nak tak cuba kasut sendat aku?
hahahaa..
keep the answer

sebab terlalu banyak hal dunia penuhi hati
itu juga jawapan kenapa kau rasa kosong
dan kenapa Allah menguji dihadirkan manusia bermacam-macam muka
sebab nak tau belajar sesuatu yang kau tak pernah terpikir sebelumnya

dan 
kenapa aku masih mampu berdiri dan bertahan
walau kadang dari gaung nk terjun xjumpa2
sebab aku masih ada dua senjata 
doa mak
dan 
doa abah
dan 
kenapa aku terus mencuba
jawapannya sama
sebab aku masih ada mak abah

ea..
mengenal manusia itu indah
tapi 
cerita yang dilakar di antara manusia itu
di antara realiti atau fantasi
di antara indah atau ngeri

dan
penawarnya hanya pada Allah..
Dan bila tiba masanya
Pasti ia menjadi milik engkau
Bersabarlah

271115
NUR

Tuesday, November 24, 2015

...


Untuk terus bertahan
aku kuatkan
Agar dapat terus berjalan
Sendirian itu ujian Tuhan
Menguji sejauh mana keimanan
Menguji sejauh mana keyakinan pada Tuhan

Allah
This to hard for me..
Guide me..
when You give..
I take and give the love
But at last..
They kill me..
Why?
They move on but why not me?
They life happily.. 
But why i keep thinking about them?
Can answer me to the all why?

Thursday, October 29, 2015

I'm bAck


I'm back
301015
2;19am

how many media social account that you have?
berguna ka?
berbuah amal x?
bawak kau ke syurga x?
kau isi dengan betul x?
and the list of question go on..

erm..
klau nak di list kan..
friendster
facebook
wechat
yahoo mail
insta
talegram
whatsUp
blog
facebookMessenger

huhu..
banyak..
dan aku terfikir..
why i have 'them'?
of course its about 'duniaIT'..
tapi..
aku tak isi dengan baik pun..
kena soal tak kat akhirat nanti?
erm..
duniaIT memang menyenangkan..
sangat senang..
dan kadang aku rasa sangat senang untuk manusia berbuat dosa tanpa rasa bersalah..
'silentKiller'

at the end..
aku chose the best one untuk jadikan medium aku..
dan aku harap..
bukan medium aku meluahkan perasaan..
bukan medium aku share everything about gerak geri aku..
tapi moganya medium aku kongsi rasa dalam mengejar REDHA Allah..
yeah..
xsemua dapat menerima cara penulisan aku..
tapi aku yakin ada insan yang memerlukan tulisan aku..
jadi aku tulis..
xcukup rasa pun..
xcukup bahasa pun..
tapi cukup untuk aku fahami diri saat aku menulis..
^_^
aku cuba cari balik semua account yang aku penah sign up
haha..ada yang aku lupa password.. and ada yang aku dah tak igat emel dengan password sekali..
mungkin one day tetiba terlist out dlm mimpi aku balik kut..hee..
so..
at last..
aku pilih untuk active dalam 
friendster
facebook
wechat
yahoo mail
insta
talegram
whatsUp
blog
facebookMessenger
je.. dan sememangnya..
all the account sgt membuang masa aku..huhu..
tapi kadang2 teruji jugak untuk bukak even dah uninstall application..
mujahadah 'giler'.. serious.. 'ko ingat senang'..

dan yang pasti..
aku masih active meng'google'..
haha..

dan moga aku mampu..
moga peroleh sesuatu..
so the meaning of 'imback' is
aku cuma kembali untuk menulis di blog yang super sweet aku nie..
even xde pembaca pun..
ada aku kisah..
haha.. cuma nanti bila aku dah tak de nanti..
bukak la blog aku and share yang bersesuaian ja..
yang rasa krik2 tu champak ja..

yeah..
myblog myfriend..
aku menulis aku xmengharap disukai..
tapi moganya ia mengisi..
sejujurnya..
susah sikit nak update blog..
xsemudah nak update facebook and insta..
hee..
sbbnya..
kalau nak tulis dalam blog.. aku perlukan masa untuk dapatkan satu entry..
so kadang membuak2 nak menulis..
tapi masa aku ada benda yang lebih penting untuk dibuat..
jadinya aku tangguh untuk menulis..
then the fresh feeling untuk menulis yang kedua tu dah xsama macam yang pertama..
so aku dah tak tulis..hahahaaa

so..
klau rindu aku..
cari la aku kat blog nie..
xpayah nak stalker aku kat fb or insta..
hahha..
'ko igat aku tak twu'
moga apa yang aku update mengubat rindu..
or mungkin sekadar untuk kau tahu perkembangan aku di dunia ini..
sbb umo aku dah 22 tahun..
hahaha..'apa kaitan dengan umo da'..

last but not lease..
doakan aku mampu untuk bermujahadah menjaga..
dan bermujahadah untuk menerima ketentuan..

"One day this pain will make sense to you."
"There are times in life where you need to stand up by yourself."

Nur itu cahaya..
kerna aku ingin menjadi cahaya yang menjadi sinar perjalanan insan..
susah..
tapi usaha ada..
Seindah nama AnnurIzz
'cahayakekuatan'..
dalam mencari
sinarketenangan..

InsyaAllah..
^_^
wearefighter..


Monday, September 28, 2015

290915


TheBigWhy

apabila ditanya
what your big why
i will show you the sweet smile that Allah give
dan kerna terlalu besar 'why' yang aku punya
strategy untuk aku menyelesaikan the big why juga kadang makan diri aku balik
..sakit..
lalu
ia sentiasa berubah2
mencari jalan pecahkan tembok segala halangan
ea
aku selalu rebah
aku selalu lemah
tapi 
aku xpernah bersandiwara
dalam mengejar apa yang ingin aku punya

the list of mission 
to complete my vision
sentiasa setia menjadi paparan pada skrin laptop
setiap kali desktop terpancar

dan pabila aku xmampu menyuaran segala impian dan cita
pada mana2 insan
include my family
sakitnya
ea aku tahu
aku perlu tanggung sendiri
kerna segala pendam
diri kian jauh dari insan yang aku kenali

cuma satu aku pinta
jangan pernah kecewa dgn aku
kerna aku juga
sedang cuba 
membina diri
untuk sebaris dengan kamu
walau aku tahu
langkahnya masih perlu beribu batu

diam pada bicara
aksara xmampu terjemah segala

I will do this Lillahi Ta'ala
mohon doakan aku untuk terus kuat dalam perjuangan ini
walau kadang sesak nafas tertikam dalam

AnnurIzz
2.11am
290915


Friday, September 11, 2015

120915


120915
Dan sampai satu saat
Aku dah penat mengkhabarkan segala cerita pada dunia..
Lalu aku diamkan saja
Tanpa bait-bait kata
Cuma bicara hati sama pencipta..
Sakit..
 Berjalan tanpa rasa..
Membiarkan manusia terus bersangka..
Kerna lelah dgn prasangka manusia..
Klau benar aku selemah yang mereka sangka..
Dah lama aku terbaring kaku tanpa langkah..
Bila aku dah xendah..
Jangan disoal mengapa..

Allah menjadi saksi
Untuk segala yang aku cuba..
Cukup sekali




Monday, June 1, 2015

MAwAR hAti


Mawar hati

pelangi..
matahari..
langit Illahi..
bulan di malam hari..
bintang y berkedipan di langit tinggi..
lautan yang membiru..
alam y menghijau..
kuntum2 mawar y mewangi..
hujan yang membasahi bumi..
buku2 y membungakan hati..

simpan cerita aku..
tutup rapi.. 
jangan buka lagi..
janji ea..
pada cerita yang aku tinggal..
hanya yang punya makna berharga..

ikut aku..
dalam hidup ini..
tapi pada jalan cerita y berbeza..
yuk!!..

ingatkan aku tentang chenta Allah saat aku melemah..
ingatkan aku tentang indahnya syurga saat aku diuji indahnya cerita lama..

jalan depan sana..
penuh duri..
percayalah..
tapi yakinlah..
Allah telah sediakan cinta..
untuk diberi pada masa yang pasti..
untuk diberi bahagia pada hati..

mohon qawiy..
masih ada lagi insan2 istimewa yang belum kau jumpa untuk kongsi chenta Illahi..
yang telah datang dan telah pergi..
bersyukur pada Illahi diberi peluang merasai bahagia chenta yang dimiliki walau sementara lalu terhenti..
yang masih tetap bersama hingga kini mohon bantu aku untuk tidak membiarkanmu merasai duri..
yang akan datang moga aku sambut seikhlas hati bersama chenta Illahi..

andai tiada lagi cerita yang aku coret dalam blog selepas ini
mohon doakan aku thabat sampai syurga Illahi..
sakit itu aku pasti sakit
nanges itu aku pasti nanges
untuk teguh itu akan aku cuba kukuhkan hati

andai sebelum ini aku menyuruhmu
follow aku dalam blog ini.. 
tapi kini aku xlagi meletakkan arahan sebegitu lagi..
hanya terpulang pada diri..
yang pasti
teratak ini hanya kosong yang xmembawamu kepada Illahi..
cuma cerita kosong aku dalam hidup ini..
dan aku xpasti untuk menulis lagi atau terus terhenti

mohon maaf untuk semua isi diari hati..
dan aku juga seorang manusia yang punya fitrah insani
tapi aku cuba setia pada Illahi..
kerna aku ingin miliki chenta hakiki..
y dalam jalan yang diredhai..
lalu memang layaklah untuk aku tercucuk duri-duri hidup ini
walau sentiasa ada jalan senang untuk aku merasai bahagia duniawi
tapi menjauh dari Illahi..

to big girl..
dont cry..
Allah ada..
dunia sementara..
jangan terleka..
semaikan amal sebaiknya..

020615
from AnnurIzz 

Monday, May 11, 2015

pulAng


Pulang

Aku
Tak ingin menghimpun engkau wahai kesedihan
Pulanglah kembali pada pencipta yang menciptakan Aku dan engkau
Aku
Hanya inginkan engkau wahai kekuatan
Agar aku bisa berjalan lurus kehadapan
Agar aku bisa pulang dalam kehambaan
Bukan pulang dalam lemah kehinaan

Cukuplah hari2 yang merebahkan dan melemahkan
Cukuplah hari2 yang mengelirukan

110515
AnnurIzz
Publish


peluAng

Peluang

I just have superfaith and trust in Allah that what's written for me tomorrow will be superbly great & Osem!

Allah..
Dalam peluang ini
Jadikanlah yang terbaek bagiku
Agar aku punya kekuatan
untuk terus kehadapan
Meraih dan mengharap pada manusia
Tak ku nafikan
Ia hanya sia-sia
Bisa mungkin terluka

Allah..
Hold me..
Help me..
Save me..
Love me..
Forgive me..

110515
AnnurIzz
Publish