warkah lama ..
mukhayyam 2007
Ingatlah tatkala kita berbicara
sahabat sejati disisi kita
sentiasa terima keadaan kita
walau dia gembira dan lara
Ingatlah
ingatlah pernahkah kita mendengar luahan hatinya
yang berkecamuk dan juga derita
pelbagai pendapat dan juga cerita
namun dia cuma memendam rasa
gembira dan ceria sepanjang masa
demi kebaikan sahabatnya tercinta
Kerapkali kita dilanda masalah
sahabat mengelap pipi kita yang basah
menenangkan hati kita yang resah
dia sentiasa terima dan pasrah
Renungkanlah
pernahkah kita terfikir akan perasaan
seorang insan yang bernama teman
sahabat setia sepanjang zaman
bingkisan kenangan
written 6/8/2007, 7.29p.m
for Mukhayyam 2007
Form 2 ..
inilah yg dikatakan memori
saat meneliti setiap kata yang tertulis
pasti ingatan turut memutarkan pita kenangan
tinggalkan yang pahit bawalah yang manis
agar xbawa air mata, tapi bawa senyuman yang membunga
senyum ^_^
AnnurIzz
publish
No comments:
Post a Comment