-kredit-
TAWAN DIRI
Pandangan kita terhadap diri sendiri
jauh lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap kita.
kau tahu, tu lah harga diri.
bila dalam diri rasa layak,
mampu dan yakin untuk capai kejayaan.
'BERJAYA'
jangan pedulikan pandangan orang lain
sekiranya kita yakin bahawa kita bukan sepertimana yang mereka anggap dan lebal.
sebab tu org pandai-pandai ada sebut : (scholar la)
"jangan bimbang jika tidak dihargai,
tetapi bimbanglah jika sudah benar-benar tidak berharga lagi."
siapa yang menentukan sama ada kita masih lagi berharga atau tidak?
yup..diri kau sendiri.
Allah yang mentakdirkan kita hidup.
apabila kita menerima hakikat ini sebagai kenyataan,
kita akan rasa layak untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
mustahil Allah mencipta kita untuk gagal
kerana Dia maha pemurah dan penyayang.
Allah bagi peluang dan segala kelengkapan untuk hamba-Nya berjaya.
kawal kehidupan kita sendiri dengan berfikir,
merancang dan bertindak secara berdikari!
hidup kita,
tanggungjawab kita.
hari ini kita tanggung sendiri, sebab hari akhirat kita yang kena jawab.
sampai bila kita harus menyerah
'kekuatan'
kepada orang lain untuk menentukan
hitam putih hidup kita?
circle of influence is better than circle of concern
selamatkan diri dari rasa takut.
jangan terlalu takut.
nanti jiwa kita boleh lemah dan berputus asa untuk berusaha.
sedikit rasa takut memang diperlukan.
jika sudah keterlaluan ia akan memudaratkan.
fikirkan apa yang kita ada. bukan apa yang tiada.
(inspirasi dari buku Pahrol Mohd Juoi
page 66)
There is no reason on this earth, you can't achieve what you set out to achieve..Writing your own legacy. All the best.. ^_^
:: refleksi diri,
mencari inspirasi,
lakukan transformasi,
kuatkan hati ::
010816
No comments:
Post a Comment