C.O.N.T.E.N.G.A.N
#1
angin malam lembut penyapa
Dingin buat aku mencoret cerita
Sungguh
Kerasku mencari diri
Sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
170914 - 281214
Perjalanan aku ditempat baru
bila diingat kembali
Permulaannya..sungguh
Penuh dengan air mata yang xmengenal masa
Lemah dengan hati yang resah meragam meminta
Tiada jalan yang aku jumpa
Melainkan kecewa yang sudi kunjung tiba
Ruang kamar dan sejadah menjadi peneman pemerhati setia
Hari demi hari aku mencari diri
Jasad yang aku inginkan hadir semangat membara
Agar aku gagah menempuh setiap saat yang tiba
Perit..
Dan aku makin cuba menpositivekan diri
Mencari hikmah atas perjalananku kini
Perjalanannya makin panjang
Kadang seakan meniti titi sempit di atas sungai arus deras tanpa pemegang
Dan
Hari demi hari
Makin aku mengkonklusi
Bahawa hidup ini
Masih ada ramai orang yang perlu aku bahagiakan
Sebelum aku mencari bahagia untuk diri
Dan
Hari demi hari
aku cuba jadikan
Setiap titis air mata itu
Bukan kerna kecewa mahupun lemah terluka
Tapi
Titis air mata
Yang belajar untuk redha
Walau bahagianya masih belum aku rasa
Dan
Hari demi hari
"Allah tidak pernah tidak sayang"
Jalan tanpa rasa
Belajar jadi manusia
301214
AnnurIzz
Publish
No comments:
Post a Comment