Saturday, April 25, 2015

AKUKEPADAAKU


(dah lama xde cop AnnurIzz..haha)

AKU KPD AKU

Dari aku kepada aku
kau makin besar
dan aku rasa

Kau xperlu menangis lagi
Kerna semuanya buang masa dan air mata
Simpan air mata untuk hari bahgia

Kau xperlu lemah lagi
Kerna semuanya merugikan kau sendiri
kuat hari ini untuk lebih kuat dengan ujian lebih dasyat

kau xperlu takut lagi
Kerna semuanya sentiasa dalam pertolongan Allah
cuma kau perlu bina keyakinan dengan lebih padu dan bergaya

kau xperlu risau mengejar cita lagi
Kerna semuanya perlukan usaha bukan meratap sengsara
usaha sehabis yang kau mampu laksana
kejayaan dan pencapaian citanya
kembalikan urusan pada pencipta
pasti akan ada jalan dihadiahkan Illahi
menampung segala lompong untuk merialisasikan segala

kau xperlu rasa sendirian lagi
kerna Allah sentiasa melihat di mana sahaja kau berada
cuma kau kadang menjauh
dari jalan yang perlu kau sujud meminta

dan
percayalah
jalan mana pun yang kau pilih
tiada yang mudah dan senang
tiada yang indah dan bahagia pada mulanya
tapi
akhirnya
pasti ada bunga-bunga yang mewarnai jiwammu seindah pelangi selepas gerimis
menangis, lemah, takut, risau, sendirian
tak ku nafikan
ia pasti datang menyapa menguji ketahanan
cuma kau perlu tahu
bukankah Allah general office yang perlu dijadikan tempat rujukan pertama
mencari kekuatan.. mencari keputusan.. mencari pertolongan
kerna aku
sentiasa perlukan Dia
dalam setiap jawapan di antara dua
kerna Allah
lebih tahu yang terbaek untuk hambaNya..

kau..
mohon bertahan
kuatkan langkah dan hati
menempuh hari-hari
yang Allah izinkan kau
untuk memperbaiki segala

260415
12:53 am
AnnurIzz
publish

No comments:

Post a Comment